awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bauksit: SPRM tahan pegawai PTG Pahang didakwa salur maklumat operasi

Hilal Azmi
Hilal Azmi
07/08/2017
03:23 MYT
Bauksit: SPRM tahan pegawai PTG Pahang didakwa salur maklumat operasi
SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa yang didakwa telah menerima wang suapan sebagai balasan untuk memberi maklumat mengenai operasi unit penguat kuasa (PTG) kepada pelombong bauksit haram.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang telah menahan seorang pegawai penguat kuasa dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang bagi membantu siasatan berhubung kegiatan perlombongan bauksit secara haram di Bukit Goh.
Suspek berusia 33 tahun yang memegang jawatan sebagai pembantu am di unit penguat kuasa PTG negeri itu ditahan di Pejabat SPRM Pahang ketika dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
BACA: 9 penguatkuasa PTG Pahang direman bantu siasatan kes bauksit haram
BACA: Bauksit: SPRM tahan pegawai kanan kastam, 9 kakitangan PTG
Menurut sumber, suspek yang ditahan pada pukul 12.05 tengah malam tadi didakwa telah menerima wang suapan sebanyak RM250 hingga RM500 antara Mac 2017 hingga Julai 2017 daripada pelombong bauksit haram sebagai balasan untuk memberi maklumat mengenai operasi unit penguat kuasa PTG Pahang di sekitar Bukit Goh.
Kata sumber lagi, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
BACA: Bauksit: SPRM geledah sekurang-kurangnya tujuh lokasi
Topic Berkaitan
#bauksit
#bocor
#Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
#Pejabat SPRM Pahang
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan