awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bawalah ke mahkamah, kita ada bukti, kata Shafie

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
16/09/2020
04:40 MYT
Bawalah ke mahkamah, kita ada bukti, kata Shafie
MOHD SHAFIE: Kita akan dedahkan semua yang terkandung, iaitu sebuah syarikat yang dimiliki keluarga Anifah. - Astro AWANI
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berikrar untuk mendedahkan bukti-bukti penyelewengan yang melibatkan keluarga Datuk Seri Anifah Aman.
Menurut Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, beliau bersedia jika perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Anifah
"Bukan saya yang selewang.
"Kita akan dedahkan semua apa yang terkandung, iaitu sebuah syarikat yang dimiliki keluarga Anifah dan bagaimana di tengah-tengah tanah Yayasan Sabah, di situ ada kilang, dan kilang itu dimiliki 50 peratus.
"Bawalah pergi ke mahkamah. Kita ada bukti semua. ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) ada, SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) ada di situ, di mana ada menyatakan siapa pemiliknya. Kami ada butiran terperincinya," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.
Semalam Anifah menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang selepas tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.
Dalam kenyataan yang dibuat pada Selasa, Anifah berkata beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang menyatakan beliau berserta abang dan ahli keluarganya telah memperoleh kontrak 100 tahun ke atas tanah kepunyaan Yayasan Sabah.
Jelas Anifah lagi, tindakan Shafie itu membuktikan keterdesakan beliau untuk memenangi PRN Sabah yang akan datang.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#keluarga
#Ketua Menteri Sabah
#kilang
#mahkamah
#Mohd Shafie Apdal
#Musa Aman
#PRN Sabah
#Sabah
#Sabah Memilih
#seleweng
#tanah
#Yayasan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan