awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
19/01/2024
05:00 MYT
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu pula ialah RM19,152 seorang. - Gambar fail/ AP
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu pula ialah RM19,152 seorang.
Beliau berkata perkara ini susulan kos haji bagi seorang bakal haji muassasah tahun ini ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.
"Kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM12,356 seorang di mana kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.
Kos haji 2024 meningkat 8% berbanding tahun lepas
BACA: 31,600 jemaah terima surat tawaran, TH biaya kos RM350.1 juta
"Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang.
"Selain itu, bayaran haji bagi bakal haji muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang dan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang," katanya pada sidang media Pengumuman Surat Tawaran dan Bayaran Haji 1445H/2024M di Menara TH di sini hari ini.
Manakala bagi kumpulan T20 pula, beliau berkata kumpulan itu akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji iaitu sebanyak RM33,300 seorang.
Topic Berkaitan
#2024
#bayaran haji
#B40
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan