NATIONAL
Bayi kritikal akibat didera tunjuk perkembangan positif

Menurut polis, bayi yang disyaki didera itu masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Melaka, namun keadaannya semakin baik.
MELAKA: Bayi lelaki berusia dua bulan yang sebelum ini kritikal selepas dipercayai didera ibu bapanya hingga tidak sedarkan diri, kini menunjukkan perkembangan positif.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata bayi terbabit sudah mula sedar dan minum susu menggunakan tiub sejak petang semalam, meskipun keadaannya masih lemah.
"Bayi berkenaan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Melaka, namun keadaannya semakin baik," katanya ketika dihubung di sini semalam.
direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes dera membabitkan anak mereka di sebuah rumah di Sungai Petai, Alor Gajah.
Terdahulu, media melaporkan ibu dan bapa bayi itu, masing-masing berusia 22 tahun, Siasatan awal mendapati ibu bayi berkenaan mendakwa anaknya mengalami sawan dan tidak sedarkan diri ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.
Bagaimanapun, pakar perubatan di Hospital Melaka mengesyaki berlaku penderaan selepas pemeriksaan termasuk imbasan CT mendapati terdapat kecederaan lama dan baharu, selain kesan lebam serta luka pada badan dan leher bayi terbabit.
- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami