Skip to main content

Malaysia

Bayi lelaki ditemukan tertimbus dalam tanah di Kapit

Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan tertimbus dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport, Kapit, kelmarin.
Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan tertimbus dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport, Kapit, kelmarin.

Advertisement

KAPIT: Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan tertimbus dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu berkata, bayi yang baharu dilahirkan tu ditemukan anggota polis selepas terdengar tangisannya ketika menjalankan pencarian di lokasi berkenaan.

“Polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 2.30 petang semalam (Selasa). Pada waktu itu, anggota terdengar tangisan bayi sebelum melakukan pencarian dan menemukannya tertimbus dalam tanah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rohana berkata, bayi yang berada dalam keadaan kritikal itu dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut dan ibunya juga sudah dikenal pasti namun siasatan belum dilakukan kerana dia sedang dirawat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement