SEREMBAN: Polis menafikan tidak menjalankan siasatan telus terhadap kematian seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang dipercayai maut selepas tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof sebaliknya berkata, kertas siasatan berhubung insiden itu juga sudah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan hanya menunggu arahan pendakwaan.
“Pihak polis tentunya sudah menjalankan siasatan menyeluruh yang mana kami turut mendapatkan bantuan forensik bagi siasatan yang lebih tepat.
“Kertas siasatan yang lengkap juga sudah dihantar kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan kami hanya menunggu arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.
Beliau terdahulu mengulas dakwaan keluarga mangsa yang mendakwa bayi berkenaan dijerut dan bukannya terjerut.
Menerusi hantaran di Facebook bapa mangsa turut menyatakan ketidakpuasan hati susulan kes berkenaan belum dituduh di mahkamah sehingga hari ini.
Mengulas lanjut Nanda berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan dibuat oleh keluarga mangsa.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan seorang bayi maut selepas kepalanya dipercayai tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, di sini.
BACA: Keluarga mangsa yang mendakwa bayi berkenaan dijerut dan bukannya terjerut
BACA: Kanak-kanak maut leher terjerut kain buaian
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa sebelum itu ditidurkan dalam buaian oleh pengasuh di dalam sebuah bilik, sebelum keluar bagi melakukan tugas-tugas lain selama kira-kira sejam.
Mangsa dimasukkan ke dalam buaian di sebuah bilik bersama dua lagi kanak-kanak lain sebelum pengasuh mendapati leher serta kepala bayi malang itu terkeluar dan tergantung pada kain buaian.
Pengasuh cuba melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi mangsa gagal bernafas dan dia terus bertindak membawa bayi itu ke Klinik Kesihatan Sendayan.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Mar 25 2022
Keluarga mangsa sebelum ini mendakwa bayi berkenaan dijerut dan bukannya terjerut. - Gambar hiasan
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Bayi maut di buaian: Bapa dakwa anak dijerut, polis tunggu arahan pendakwaan
Kertas siasatan berhubung insiden itu juga sudah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan hanya menunggu arahan pendakwaan.