awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak maut tersangkut buaian: 18 individu dipanggil beri keterangan

Bernama
Bernama
24/02/2022
06:35 MYT
Kanak-kanak maut tersangkut buaian: 18 individu dipanggil beri keterangan
Ketua Polis Daerah Seremban berkata, antara yang dipanggil ialah ibu bapa kepada Nour Rania Asyifaa, pengasuh dan pengusaha taska.
SEREMBAN: Polis memanggil 18 saksi setakat ini bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan Nour Rania Asyifaa Yuseri, setahun tiga bulan yang meninggal dunia selepas kepalanya dipercayai tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata antara yang dipanggil ialah ibu bapa kepada Nour Rania Asyifaa, pengasuh dan pengusaha taska.
"Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan lanjut. Difahamkan status pusat jagaan berkenaan yang beroperasi sejak 2019, masih belum berdaftar dan ia diarah tutup sementara selepas kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata laporan bedah siasat yang dijalankan Unit Forensik Hospital Tuanku Ja'afar di sini semalam, mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat tekanan di leher.
Beberapa media sebelum ini melaporkan kepala Nour Rania Asyifaa dipercayai tersangkut pada kain buaian ketika sedang tidur di pusat jagaan berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sendayan oleh pegawai perubatan pada pukul 4.30 petang, selepas pengasuh kanak-kanak itu membawanya ke klinik berkenaan untuk rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak maut
#tersangkut buaian
#polis
#keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan