awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi meninggal dunia dengan kesan lebam, ibu bapa angkat ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2025
06:24 MYT
Bayi meninggal dunia dengan kesan lebam, ibu bapa angkat ditahan
Mayat bayi dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui meninggal dunia dengan kesan lebam pada badan di sebuah kondominium di sini pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Seorang bayi perempuan ditemui meninggal dunia dengan kesan lebam pada badan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, selepas laporan dibuat oleh seorang lelaki yang juga suspek dalam kes tersebut.
  • Sepasang suami isteri berusia 38 dan 50 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan permohonan reman terhadap mereka akan dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.
  • Mayat bayi dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat, dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.34 malam daripada seorang lelaki yang juga merupakan suspek dalam kes berkenaan, memaklumkan bahawa anak angkatnya tidak sedarkan diri di rumah tersebut.
"Sepasukan anggota polis segera ke lokasi kejadian dan menemui mangsa terbaring di ruang tamu dalam keadaan kebiruan serta mempunyai kesan lebam pada badannya.
"Sepasang suami isteri berusia 38 dan 50 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Beliau berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat pada Khamis bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.
"Mayat bayi telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bayi meninggal dunia
#kes bunuh
#ibu bapa
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan