awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi meninggal dunia selepas makan epal lenyek

Bernama
Bernama
08/04/2019
11:15 MYT
Bayi meninggal dunia selepas makan epal lenyek
Mangsa sedang diberi makan epal lenyek tiba-tiba menangis dengan kuat sebelum tidak sedarkan diri. - Gambar hiasan
Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan meninggal dunia apabila tidak sedarkan diri selepas diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuhnya di sebuah taska di Taman Mesra, Kupang, Baling, hari ini.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Shariffuddin Yusof berkata dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, bayi tersebut Muhammad Fawwaz Mohd Fadlan diberi makan oleh pengasuhnya di ruang dapur taska berkenaan.
"Mangsa sedang diberi makan epal lenyek tiba-tiba menangis dengan kuat sebelum tidak sedarkan diri.
"Penyelia taska terbabit terus membawa mangsa ke Klinik Kupang dan ketika itu mangsa masih bernyawa sebelum dirujuk ke Hospital Baling dan sebaik tiba mangsa telah disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Shariffuddin berkata pemeriksaan mendapati tiada kesan luka atau lebam pada badan mangsa dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.
Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi meninggal dunia
#epal lenyek
#pengasuh
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan