“Kalau adik nak balik, adik kena kuat, kalau adik macam ni macam mana adik nak balik." Itu kata-kata yang sering dititipkan di telinga Nor Raisha Eryna Muhammad Faiz, bayi tiga bulan yang memerlukan alat bantuan pernafasan dan tabung oksigen.
Anak sulung pasangan Muhammad Faiz Sarawadi, 24 tahun, dan Nor Roshada Elyka Roslan, 22 tahun, dilahirkan semasa usia kandungan enam bulan lebih dengan berat 1.5 kilogram.
Ibu, Nor Roshada Elyka berkata, setiap kali menjalani pemeriksaan kandungan sebelum ini, keputusannya sentiasa memuaskan.
“Semuanya elok tekanan darah tinggi normal, tidak ada kencing manis dan pergerakan bayi juga aktif.
“Keadaannya bayi dan tahap kesihatan saya baik sehingga saya mengalami sakit di bahagian pinggang,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, walaupun usia kandungan baharu mencecah enam bulan, Raisha dilahirkan secara normal.
“Disebabkan Raisha adalah bayi pramatang dia diletakkan di dalam inkubator dan memerlukan pemantauan yang rapi.
“Raisha terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana paru-parunya dijangkiti kuman. Selepas keluar ICU, pernafasannya berbunyi dan apabila dia tarik nafas nampak ada lekuk yang dalam di bahagian tulang rusuk,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Faiz yang bekerja sebagai tukang gunting rambut memberitahu, pihak hospital terpaksa memasukkan skop ke saluran pernafasannya dan ternampak lebihan tisu yang lembut menghalang saluran pernafasan.
“Bila Raisha tarik nafas, lebihan tisu akan menutup saluran pernafasan dan berbunyi itu yang menyebabkan Raisha terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan tabung oksigen bagi membuka saluran pernafasannya. Raisha memerlukan alat bantuan pernafasan dan tabung oksigen dan pihak hospital mengatakan harganya yang paling murah sekitar RM7,000 ke RM8,000.
“Dia boleh menyedut oksigen tetapi tidak boleh mengeluarkan gas karbon dioksida jadi gas karbon dioksida akan terperangkap di otak dan perkembangannya tak macam orang lain,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB 12310097738528 atau hubungi Muhammad Faiz di talian, 012-4438344.
Sinar Harian
Mon Apr 23 2018
Raisha terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana paru-parunya dijangkiti kuman. - Foto Sinar Harian
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'
Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
"Nad Zainal kembali bergantung pada alat bantuan pernafasan, oksigen merosot" - Ungku Ismail
Pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad Zainal terpaksasemula kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
"Separuh mati di Istanbul" - Ingat keracunan makanan, Mafarikha sebenarnya COVID-19 tahap 5
Penyanyi Mafarikha dimasukkan ke wad kritikal di sebuah hospital di Kajang, Selangor akibat dijangkiti virus COVID-19 tahap lima.
MUIP ganti alat bantuan pernafasan rosak akibat banjir
Alatan tersebut telah diserahkan kepada ibunya, Norfardilatul Akmar Mustafa, 38, sekali gus memberi keselesaan kepada Mohd Hisyamuddin untuk bernafas dengan lebih sempurna.
Kisahnya seperti arwah Siti Sarah, kini harapkan Allah beri peluang kedua buat isteri
Mohd Zulkifli Mohdisa masih mengharapkan ada keajaiban untuk isterinya yang disahkan COVID-19.
COVID-19: United Sikhs Malaysia, MAG, MASkargo hulur 50 alat bantuan pernafasan buat Indonesia
Misi kemanusiaan itu adalah sebahagian usaha membantu rakyat republik berkenaan memerangi COVID-19 yang semakin memburuk.
Sarawak hargai sumbangan Kerajaan Brunei
Sarawak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Kerajaan Brunei atas sumbangan fasiliti perubatan bagi mengekang penularan COVId-19 di negeri itu.
KKM akan hantar 11 ventilator baharu ke Sarawak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menghantar 11 unit alat bantuan pernafasan baharu ke Sarawak Jumaat ini.
Sarjan Norihan yang ditembak penyeludup sudah boleh bernafas tanpa alat bantuan
Sahabudin berkata, menurut pihak hospital, setakat hari ini Norihan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.