KETEREH: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menutup operasi mana-mana Bazar Ramadan di bawah seliaannya sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 di tapak bazar berkenaan, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
Justeru beliau mengingatkan semua pihak terutamanya penganjur Bazar Ramadan di seluruh Wilayah Persekutuan untuk memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.
"SOP yang dikenakan itu wajiblah dipatuhi terutamanya dari segi bilangan pengunjung...tetapi nampaknya itu tidak dikawal sehingga menyebabkan penjarakan fizikal tidak menepati, mengikut apa yang kita mahukan.
"Saya ingin ingatkan semua penganjur di 66 tempat di seluruh wilayah, bertanggungjawab supaya penganjuran bazar di tempat mereka dipatuhi 100 peratus kepada SOP yang kita tetapkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Ramadan bagi Parlimen Ketereh, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Annuar berkata antara SOP yang perlu diperbaiki dan dipatuhi adalah penganjur perlu memastikan pengunjung hanya boleh melalui satu laluan masuk dan keluar.
"Kita nak benarkan penganjuran bazar berterusan sehingga akhir Ramadan tetapi sekiranya pematuhan SOP masih diingkari dan dapati berlaku peletusan wabak atau jangkitan (COVID-19) di bazar berkenaan maka tempat itu akan ditutup," katanya sambil mengingatkan perkara sama kepada penganjur Bazar Aidilfitri di sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang akan dibuka semula pada 17 April ini.
Mengenai peningkatan kes COVID-19, Annuar berkata memandangkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat aktiviti ekonomi beliau menggesa semua ketua komuniti di setiap perumahan serta kediaman untuk mengingatkan penduduk setempat supaya patuh kepada SOP antaranya mengurangkan pergerakan atau urusan di luar rumah sekiranya tiada kepentingan.
"Di samping itu, semua pihak juga perlu memainkan peranan untuk membendung penularan wabak ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 15 2021
ANNUAR: Saya ingin ingatkan semua penganjur di 66 tempat di seluruh wilayah, bertanggungjawab supaya penganjuran bazar di tempat mereka dipatuhi 100 peratus kepada SOP yang kita tetapkan. - Gambar fail/Astro AWANI
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.