KLUANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor akan menganjurkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di lapan lokasi terpilih bermula 12 Mac hingga 11 April ini.
Pengarahnya Lilis Saslinda Pornomo berkata BRR yang dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan itu turut menawarkan insentif e-dompet berjumlah RM20 kepada 8,000 pengunjung.
Beliau berkata seramai 660 peniaga BRR yang memilih untuk menyediakan kaedah pembayaran tanpa tunai Touch N Go pula diberikan insentif e-dompet berjumlah RM50.
"Kita anggarkan sebanyak 40 peratus peniaga BRR akan menawarkan sekurang-kurangnya satu Menu Rahmah berharga tidak melebihi RM5.
"Peniaga yang menawarkan menu berkenaan boleh memohon Kad Diskaun Khas Menu Rahmah melalui portal Menu Rahmah KPDN, yang membolehkan mereka membeli bekalan bahan mentah pada harga diskaun hingga 30 peratus bagi barang-barang terpilih di lima pasar raya besar utama," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jualan Rahmah MADANI Back To School Peringkat Negeri Johor di sini hari ini.
Lapan lokasi tersebut adalah Bazar Ramadan Perling Mall, Johor Bahru; Bazar Ramadan Pesta, Batu Pahat; Bazar Ramadan Laman SR, Simpang Renggam, Kluang; Bazar Ramadan Kipmart, Kota Tinggi; Bazar Ramadan Taman Wawasan, Mersing; Bazar Ramadan Rezab MPPN Pekan Nenas, Pontian; Bazar Ramadan Pusat Perniagaan Kampung Tengah, Muar dan Bazar Ramadan Taman Yayasan, Segamat.
Lilis Saslinda berkata KPDN Johor dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda Malaysia (GEMA) dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) turut melaksanakan inisiatif "MySave Food Ramadhan".
"Menerusi inisiatif itu lebihan makanan atau minuman yang tidak terjual di BRR akan diedarkan kepada pelajar, dengan pengumpulan akan dilaksanakan untuk tempoh tujuh hari bermula pada 22 hingga 24 Mac dan seterusnya pada 29 Mac hingga 1 April," katanya.
Sementara itu beliau berkata anggota penguat kuasa akan giat melakukan pemantauan di bazar Ramadan di seluruh negeri itu bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan seperti meletakkan tanda harga pada barang jualan.
"Penguatkuasaan berhemah akan dilakukan pada peringkat awal, kita beri nasihat dan peringatan kepada peniaga antaranya kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan memeriksa alat timbangan yang digunakan.
"Jika setelah pemantauan dilakukan dan peniaga masih tidak mematuhi peraturan, baharu tindakan penguatkuasaan akan diambil," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
BRR yang dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan itu turut menawarkan insentif e-dompet berjumlah RM20 kepada 8,000 pengunjung. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.