awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BDR: Jangan ganggu pekerja luar waktu pejabat, hormati masa rehat

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/06/2021
09:59 MYT
BDR: Jangan ganggu pekerja luar waktu pejabat, hormati masa rehat
Komunikasi pekerjaan tetap hanya dalam tempoh lapan jam mengikut Akta Kerja 1955 dan sekiranya ia lebih pada waktu tersebut pihak majikan perlu bayar elaun tambahan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Pihak majikan atau syarikat tidak seharusnya mengganggu pekerja mereka selepas tempoh waktu bekerja khususnya ketika fasa bekerja dari rumah (BDR).
Aktivis pekerja, Datuk Abdul Halim Mansor berkata, pihak tersebut perlu menghormati waktu rehat dan masa bersama keluarga pekerja mereka di rumah.
“Komunikasi pekerjaan tetap hanya dalam tempoh lapan jam mengikut Akta Kerja 1955 dan sekiranya ia lebih pada waktu tersebut pihak majikan perlu bayar elaun tambahan.
“Pekerja dari rumah ada tanggungjawab lain seperti jaga anak, pengurusan rumah dan ini melibatkan soal pengurusan masa melibatkan pekerja itu sendiri.
“Perkara ini perlu diambil perhatian pihak pengurusan di mana tidak bermaksud segala kelengkapan yang ada di rumah, (bermakna) mereka boleh ambil kesempatan untuk kerah pekerja,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Khamis.
Tambahnya, sekiranya penugasan itu memerlukan seseorang pekerja itu untuk kembali bertugas maka pihak majikan perlu menghubungi pekerja tersebut termasuk pembayaran kadar kerja lebih masa berikutan ia merupakan kepentingan kepada syarikat.
Dalam pada itu, Abdul Halim turut menjelaskan, budaya bekerja dari rumah perlu dijadikan sebagai amalan norma baharu dalam situasi negara berdepan pandemik.
Ini juga menuntut pihak pekerja itu sendiri untuk mengamalkan disiplin yang tinggi terutamanya melibatkan waktu bekerja.
“Jika waktu bekerja bermula pagi maka kita perlu mula bertugas mengikut waktu seperti mana ketika berada di pejabat termasuk komunikasi yang baik melibatkan dua pihak,” katanya lagi.
Beliau juga berpandangan konsep bekerja dari rumah secara tidak langsung dapat menjimatkan kadar perbelanjaan terhadap majikan dan juga pekerja.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan sebanyak 80 peratus sektor kerajaan dan 20 peratus bagi sektor swasta akan meneruskan proses BDR sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#kerja dari rumah
#BDR
#COVID-19
#majikan
#buruh
#Akta Buruh 1955
#abdul halim mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan