awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beban beg murid, GST tumpuan di Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2023
01:00 MYT
Beban beg murid, GST tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Menteri Pendidikan dijangka menyatakan penyelesaian masalah untuk meringankan beban beg dalam kalangan murid. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Isu beban beg sekolah murid, serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dijangka menyatakan penyelesaian masalah untuk meringankan beban beg dalam kalangan murid.
Soalan itu dikemukakan Ahli Parlimen Dungun dari Pas, Wan Hassan Mohd Ramli.
Beliau juga mahu Menteri Pendidikan menjelaskan perancangan kementerian untuk menukar bahan sistem pembelajaran secara fizikal kepada digital yang dapat menjimatkan kos buku teks dan lain-lain.
Selain itu, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan pada 2018, kembali ditanya dalam sesi soal jawab lisan hari ini.
Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer meminta Menteri Ekonomi memberi pengesahan adakah struktur cukai yang membebankan rakyat itu akan diperkenalkan semula.
Turut dibangkitkan dalam sesi hari ini, pelaksanaan skim pencen warga emas untuk rakyat 65 tahun ke atas.
Ahli Parlimen Selayang dari PKR, William Leong Jee Keen mengemukakan soalan sama ada kerajaan ada perancangan melaksanakan skim itu bagi mereka yang tidak menerima pencen kerajaan ataupun pencen Perkeso.
Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen ke-15 (2023) berlangsung sehingga 4 April.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#beban beg sekolah
#GST
#Menteri Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan