Beberapa jalan di sekitar George Town akan ditutup sementara susulan penganjuran beberapa program di negeri ini pada Jumaat hingga Ahad ini, menurut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
MBPP dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan penutupan jalan akan bermula pukul 5 petang pada 6 Mac hingga 11 malam, 8 Mac sempena sambutan perayaan Penang Yasakoi, Hari Wanita Sedunia dan Pelancaran Projek Pusat Transit Gelandangan.
Menurut kenyataan itu, antara jalan yang ditutup sempena sambutan perayaan Penang Yasakoi adalah Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Duke yang akan ditutup bermula pukul 5 petang (6 Mac) hingga 12 tengah malam (7 Mac); Lebuh Light (dari Bulatan King Edward hingga Jalan Masjid Kapitan Keling), Lebuh Penang (dari Lebuh Light hingga Lebuh Union) dan Lebuh King (dari Lebuh Light hingga Lebuh Bishop) masing-masing akan ditutup mulai 5 petang hingga 11 malam pada 7 Mac.
"Jalan C.Y. Choy (dari Jalan Lim Chwee Leong ke Jalan Magazine) akan ditutup mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari pada 7 Mac sempena pelancaran projek Pusat Transit Gelandangan manakalaJalan Padang Kota Lama dan Lebuh Duke ditutup dari 12.01 tengah malam hingga 11 malam pada 8 Mac bagi sambutan Hari Wanita Sedunia," menurut kenyataan itu.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan MBPP di talian 04-259 2071, 04-259 2220 atau 04-259 2247.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 03 2020
MBPP dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan penutupan jalan akan bermula pukul 5 petang pada 6 Mac hingga 11 malam, 8 Mac. - Gambar fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Ingkar PKP: Pasar awam pertama di Pulau Pinang diarah tutup tiga hari
Pasar awam di Kompleks Sri Aman di Relau, Pulau Pinang menjadi pasar awam pertama ditutup selama tiga hari di negeri itu.
Beberapa jalan sekitar George Town ditutup mulai Jumaat hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar George Town akan ditutup sementara susulan penganjuran beberapa program di negeri ini pada Jumaat hingga Ahad ini.
Pekerja MBPP maut dirempuh wanita mabuk
Seorang pekerja MBPP maut selepas dirempuh pemandu wanita warga China yang memandu dibawah pengaruh alkohol di Georgetown
Siti Nurhaliza, Rosyam Nor terima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup AAM
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dipilih menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Selebriti 2019 oleh Akademi Pengurusan Asia
Polis berjaya selamatkan mangsa culik dalam tempoh kurang 24 jam
Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Syria dalam tempoh kurang 24 jam yang menjadi mangsa diculik rakan-rakan senegaranya.
Warga Rusia maut terjun kondominium
Mangsa yang dikenali sebagai Katya ditemui mati di tingkat sembilan kondominium tersebut oleh rakannya.
Mayat lelaki jatuh feri dijumpai
Mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemukan orang awam berhampiran Jeti Swettenham di sini, kira-kira jam 10 pagi Ahad.
Enam pemancing dikhuatiri hilang di Pulau Pinang
Keenam-enam pemancing terbabit keluar memancing kira-kira jam 8 pagi, dengan menaiki sebuah bot fiber berjalur merah, biru dan hitam.
Lelaki maut terjun dari tingkat lima Prangin Mall
Lelaki berusia 40 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan patah tulang tangan.
Video tular: Wanita terjun jambatan, berjaya diselamatkan
Seorang wanita berjaya diselamatkan selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah hasil tindakan pantas seorang anggota polis bantuan.