KUALA LUMPUR : Beberapa kawasan di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu sedang mengalami gangguan bekalan elektrik.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan teknikal  sedang berusaha melakukan kerja-kerja baik pulih di kesemua lokasi terlibat secara berperingkat di samping menitikberatkan faktor keselamatan kawasan sekitar.

"Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali," kata TNB dalam satu kenyataan pada Khamis. 

TNB juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik, terutamanya ketika berlakunya gangguan bekalan kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa.