awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bedah siasat mangsa rentung kebakaran di Pengerang bermula petang ini

Bernama
Bernama
17/03/2020
08:44 MYT
Bedah siasat mangsa rentung kebakaran di Pengerang bermula petang ini
Dalam kejadian dua hari lepas, lima mangsa ditemui rentung dalam kebakaran di Unit DHT, manakala seorang cedera dengan keadaan melecur 40 peratus manakala seorang terselamat. - Gambar fail
Proses bedah siasat termasuk menjalankan ujian DNA bagi membantu proses pengecaman identiti akan dilakukan ke atas kelima-lima mangsa tragedi kebakaran Unit Diesel Hydro Treating (DHT) di Kompleks Bersepadu Pengerang, di Hospital Sultan Ismail, bermula petang ini.
Ketua Jabatan Bahagian Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Tinggi, ASP Mohamaden Bujang berkata ia adalah prosedur operasi standard (SOP) yang perlu digunakan ketika berhadapan kesukaran untuk mengenalpasti mayat menerusi operasi pengecaman biasa.
Beliau berkata, prosedur itu bagi mengelakkan berlaku seperti kesilapan pengecaman mayat dan sebagainya.
"Siasatan awal akan dijalankan di lokasi kejadian sebelum bedah siasat. Keadaan jenazah itu sendiri memang sukar dibuat pengecaman kaedah biasa, jadi untuk sahkan memang kena melalui cara ini... macam manapun petang ini bila post mortem dijalankan, pegawai penyiasat akan berhubung dengan keluarga mangsa.
"Keputusan paling awal dalam masa 48 jam hingga ke dua minggu, ia bergantung kepada Jabatan Kimia, lepas dikenalpasti barulah diserahkan kepada keluarga mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama waris kesemua mangsa yang terkorban dalam kebakaran malam Ahad iaitu waris kepada Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Norakmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil di Pejabat Daerah Kota Tinggi di sini, hari ini.
Turut hadir pada taklimat itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail, Pengarah Hospital Kota Tinggi Dr. Khursiah Daud dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Farizal Ismail.
Dalam pada itu, Mohamaden berharap waris keluarga mangsa dapat bersabar dan memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan sewajarnya.
Dalam kejadian dua hari lepas, lima mangsa ditemui rentung dalam kebakaran di Unit DHT, manakala seorang cedera dengan keadaan melecur 40 peratus manakala seorang terselamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#DNA
#Hospital Sultan Ismail
#jenazah
#kebakaran
#keluarga
#keselamatan
#Kompleks Bersepadu Pengerang
#Kota Tinggi
#mangsa
#mayat
#siasatan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan