awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bedah siasat mayat dua beranak mangsa tikam selesai, dikebumi malam ini

Bernama
Bernama
08/11/2024
14:00 MYT
Bedah siasat mayat dua beranak mangsa tikam selesai, dikebumi malam ini
Ahli keluarga kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, berada di perkarangan Unit Forensik Hospital Pulau Pinang hari ini bagi menunggu proses bedah siasat. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Jenazah dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, semalam, dituntut ahli keluarga mereka malam ini untuk dikebumikan.
Jenazah Siti Zulaila, 30, dan bapanya Zulkifli Ibrahim, 62, dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira 7.20 malam selepas selesai proses bedah siasat.
Adik Zulkifli, Zamri Ibrahim, 46, berkata jenazah dua beranak itu dibawa dan disolatkan di Masjid Tuan Guru, di Tanjong Tokong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong selepas solat isyak malam ini.
"Jenazah terus dibawa ke masjid dan ahli keluarga serta rakan-rakan arwah telah menunggu di situ untuk memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan. Jenazah akan dikebumikan dalam satu liang lahad," katanya di sini malam ini.
Terdahulu, puluhan ahli keluarga dan rakan kepada dua beranak itu menunggu di Jabatan Perubatan Forensik HPP sejak 9 pagi tadi bagi menunggu proses bedah siasat dijalankan.
Tinjauan Bernama mendapati suasana pilu menyelubungi kawasan Jabatan Perubatan Forensik apabila ahli keluarga dan rakan-rakan datang menziarah keluarga mangsa.
Semalam, bapa dan anak perempuannya maut dipercayai ditikam seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim.
Tiga individu ditemukan terbaring dalam keadaan berdarah termasuk dua daripada mereka disahkan meninggal dunia manakala seorang lelaki berusia 32 tahun, yang juga suspek cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#meninggal dunia
#liang lahad
#suasana pilu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan