Beg tangan jenama Chanel berharga RM16,000 merupakan barang paling mahal diisytihar di Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak ia mula beroperasi semalam.
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata beg tangan itu diisytihar semalam iaitu pada hari pertama pengenalan Skim Pembayaran Balik Pelancongan (TRS) yang diperkenal bersempena pelaksanaan CBP.
Katanya setakat ini sebanyak 13 transaksi direkodkan di kaunter verifikasi di bawah TRS.
"Kebanyakan barang yang diisytihar adalah pakaian, jam tangan serta pewter dan berdasarkan resit kebanyakan barang dibeli di Suria KLCC, Pavilion dan Bukit Bintang," katanya kepada Bernama selepas meninjau Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik CBP di KLIA hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah KDRM Datuk Abdul Rahman Othman.
TRS diperkenal bertujuan memudahkan pelancong asing menuntut kembali jumlah GST yang dibelanjakan ke atas barangan yang dibeli daripada 800 peruncit yang berdaftar di bawah skim itu.
Untuk membolehkan pelancong menuntut semula GST, mereka perlu datang ke kaunter verifikasi lengkap dengan barangan yang perlu diisytihar; resit pembelian; pasport; pas pelepasan dan borang tuntutan GST yang diperoleh daripada premis (tempat membeli barang) selepas membuat bayaran.
Menjelaskan mengenai prosedur itu, Chik Omar berkata setelah selesai semua urusan di kuanter verifikasi tersebut, pelancong kemudian perlu ke kaunter tuntutan bayaran bersama borang tuntutan GST yang telah disahkan oleh Kastam.
"Kaunter tuntutan bayaran terletak di dalam balai pelepasan kerana kami (Kastam) mahu memastikan pelancong tersebut benar-benar berlepas ke luar negara," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata untuk memastikan tidak berlaku unsur penipuan tuntutan semula GST bagi barang kemas, pihak Kastam turut melakukan ujian ketulenan barang tersebut menggunakan mesin khas dikenali sebagai "Spectometer".
Katanya mesin yang ditempatkan di kaunter tuntutan bayaran GST di balai pelepasan itu akan menguji jenis emas dan tahap ketumpatan logam berkenaan yang dibeli di negara ini.
"Pegawai Kastam akan terlebih dahulu menimbang barang (kemas) yang diserahkan oleh pelancong, kemudian barang itu akan diletak di dalam Spectometer untuk diuji yang mengambil masa kira-kira lima minit.
"Ujian ini (barang kemas) selalunya dibuat tiga kali. Misalnya gelang, mula-mula kami akan uji badan gelang itu dahulu, kemudian cangkuk dan aksesori lain (jika ada seperti loceng) untuk pastikan semua ini adalah daripada jenis emas yang sama," jelas Abdul Rahman.
Bernama
Thu Apr 02 2015
Pegawai Kastam Norsyakila Huda (kiri) bersama rakan setugasnya menggunakan alat penguji ketumpatan emas khusus untuk memastikan ketulenannya sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dipulangkan kepada pelancong di KLIA hari ini. - Foto Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pembelian barangan berjenama mewah: Suri rumah didakwa tipu dua wanita lebih RM1.2 juta
Seorang suri rumah dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah berjumlah RM1,267,810.
Pelakon Moon Knight wajah Bleu De Chanel meninggal dunia kemalangan ski
Ulliel dilaporkan melanggar seorang lagi individu ketika bermain ski di Montvalezan, barat Perancis.
Ini busana enam pelakon yang jadi bualan hangat di karpet merah Oscars 2020
ACARA Oscars yang ke-92 tahun ini menampilkan ramai selebriti-selebriti yang sungguh bergaya dan berani meragakan koleksi rekaan-rekaan haute couture oleh pereka fesyen pilihan mereka.
RM3.3 juta dibelanja dalam masa satu hari guna kad kredit Najib - Saksi
Saksi ke-47 pendakwaan itu berkata sejumlah RM456,360.51 telah dibelanjakan menggunakan kad kredit Visa Platinum dan RM2,864,309.54 menggunakan kad kredit Master Platinum.
Bagaimana Karl Lagerfeld boleh kekal relevan?
Pengulas dan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain bercerita mengenai pereka fesyen tersohor dunia, Karl Lagerfeld
Siapa Virginie Viard, pengganti Karl Lagerfeld di Chanel?
Viard bukan wanita biasa-biasa. Dialah wanita yang setia sebagai orang kanan Lagerfeld selama lebih 30 tahun, dan dilantik "supaya legasi Gabrielle Chanel dan Karl Lagerfeld akan terus bernyawa."
Karl Lagerfeld si genius - Faizal Hamid
Bagi Faizal Hamid, Pensyarah Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Karl Lagerfeld merupakan seorang yang sentiasa memandang ke hadapan dan menjadi seorang yang relevan pada masa kini
Ini 10 pertunjukan fesyen penuh stail, mewah hasil tangan Karl Lagerfeld
Untuk mengenang karya-karya kreatif, elegan dan classy pengarah kreatif Chanel ini, ini 10 pertunjukan fesyen yang terus hangat jadi bualan.
Fashionista berkabung mengenang Karl Lagerfeld
Garis masa di media sosial dihujani dengan ucapan takziah dan kata-kata penghargaan terhadap Lagerfeld yang menurut mereka merupakan sumber inspirasi.
Legenda fesyen dunia, 10 perkara anda perlu tahu mengenai Karl Lagerfeld
Astro AWANI akan kongsikan 10 perkara yang anda perlu tahu mengenai Karl Lagerfeld.