awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda

Bernama
Bernama
14/12/2023
12:49 MYT
Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda
Ramalan cuaca juga menunjukkan bahawa suhu tertinggi di bandar pada Khamis hanya -2 darjah Celsius dan yang paling rendah -5 darjah. - Gambar Reuters
BEIJING: Kawasan perbandaran Beijing mengalami lebih banyak salji pada Khamis dengan gelombang sejuk dijangka melanda ibu negara China itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menurut Balai Cerap Meteorologi Beijing, purata hujan di bandar raya itu dari 5 pagi hingga tengah malam Rabu sebanyak 2.7 mm dengan purata 3.1 mm di pusat bandar.
Pada Khamis, salji sederhana hingga lebat diramalkan pada waktu siang.
Ramalan cuaca juga menunjukkan bahawa suhu tertinggi di bandar pada Khamis hanya -2 darjah Celsius dan yang paling rendah -5 darjah.
Selepas gelombang salji yang dijangkakan berakhir pada Jumaat, bandar raya itu akan dilanda gelombang sejuk dengan suhu minimum dijangka turun di bawah -10 darjah pada waktu malam.
Bandar itu masih diletakkan dalam amaran jingga bagi salji lebat, amaran kuning untuk jalan berais dan amaran biru untuk gelombang sejuk.
China mempunyai sistem amaran cuaca empat peringkat dengan merah mewakili amaran paling teruk, diikuti jingga, kuning dan biru.
Sekolah serta tadika di Beijing ditutup pada Rabu dan pembukaan semula kelas secara bersemuka akan diumumkan kemudian, menurut Suruhanjaya Pendidikan Perbandaran Beijing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beijing
#gelombang sejuk
#amaran paling teruk
#waktu siang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan