awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah

Bernama
Bernama
20/10/2024
12:27 MYT
Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah
Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu yang berlaku sejak semalam. - Foto hiasan
SEREMBAN: Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu di sini yang berlaku sejak semalam.
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya kini sedang giat melaksanakan kerja pembaikan berikutan insiden luar jangka itu.
"Ketika ini, kerja pengeluaran baki air dalam paip, kerja mengorek dan pemasangan sheet pile siap sepenuhnya manakala kerja pembaikan kerosakan mencapai 80 peratus.
"Bagi mengurangkan kesan gangguan kepada pelanggan kawasan yang terlibat, SAINS menghantar bekalan air melalui lori tangki ke kawasan terjejas selain meletakkan tangki statik," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
SAINS memberitahu pelanggan boleh merujuk Facebook Pusat Khidmat Pelanggan SAINS untuk maklumat terkini yang dikemas kini dari semasa ke semasa serta menghubungi talian bebas tol 1-300-88-6982 atau melalui e-mel [email protected] untuk sebarang bantuan.
Semalam, SAINS memaklumkan berlaku gangguan bekalan air berikutan kerja kecemasan pembaikan paip pecah bersaiz 1,200 milimeter (mm) dan 200 mm di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu.
SAINS menjelaskan antara kawasan yang mengalami gangguan bekalan air adalah di seluruh kawasan Seremban 2, S2 Height, Taman Rasah Kemayan, Taman Bukit Kepayang, Taman Mantau Indah 1, Taman Mantau Indah 2, Taman Mantau Indah 3, Jalan Labu Batu 1-9, Jalan Sungai Ujong, Jalan Labu Lama dan Taman Permai Kemayan Square, Bandar Seremban, Templer dan Lobak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Sains
#syarikat air negeri sembilan
#paip pecah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan