KUALA LUMPUR :Bekalan air bersih dari Kolam Imbangan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah lulus ujian kualiti serta pematuhan standard dan gangguan bekalan air di kawasan terjejas akan pulih secara berperingkat.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan pemulihan sepenuhnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama.
Pengguna kumpulan pertama yang merangkumi 145 kawasan akan mula mendapat bekalan air seawal jam 12 tengah malam 7 Oktober sehingga 6 petang hari yang sama.
Senarai kawasan dan jadual pemulihan bekalan air boleh dirujuk di www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor.
Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Dalam pada itu, bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Oct 06 2020

Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

V-SAT bantu penduduk pedalaman Sabah berhubung dengan dunia luar
Penyediaan perkhidmatan teknologi satelit Very Small Aperture Terminal, V-SAT yang dilaksanakan kerajaan amat dinantikan penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

Jiwa Murni | Kementerian Pertahanan peruntuk RM10 juta untuk Projek Jiwa Murni
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM10 juta untuk membina dan membaik pulih kemudahan awam termasuk membina 50 unit rumah di seluruh negara melalui Projek Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumbangan | Wanita mohon sumbangan mesin oksigen
Seorang wanita yang menghidap pelbagai penyakit kronik serta tidak mampu berjalan rayu sumbangan mesin oksigen. Sahdiya Jubail, 39, memiliki masalah pernafasan yang teruk, sakit buah pinggang, kencing manis dan jantung.

Seludup Ketum | Lima lelaki warga Thailand ditahan
Lima lelaki warga Thailand ditahan ketika cuba menyeludup keluar 355.5 tan daun ketum ke Thailand. Cubaan itu berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di satu laluan tikus di Padang Terap, pada 9.30 malam Sabtu.

Bruno Fernandes nafi tenggelam perlawanan besar
Fernandes menjadi nadi di Old Trafford sejak dipancing daripada Sporting CP pada Januari tahun lalu.

Lawatan PM | Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah. Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

PAS | Muktamar PAS diadakan selepas PRU-15
Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan PAS akan tangguhkan Muktamarnya yang ke 67. Jelas beliau penangguhan muktamar termasuk pemilihan diputuskan bagi memberi tumpuan kepada perihal pilihan raya.

PAS | Komited satukan parti Melayu Islam
PAS akan terus pujuk UMNO untuk kekal kerjasama dengan BERSATU. Kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, parti itu masih mahu meneruskan komitmen yang dipersetujui sebelum ini.

Pesawat Batik Air mendarat cemas dengan gear pendaratan berpusing 90 darjah
Pesawat tersebut kembali ke Jambi kira-kira 25 minit selepas berlepas dan berhenti di landasan dengan nose gear pesawat berpusing 90 darjah ke sisi.

AWANI Ringkas: Tiada hukuman jika enggan disuntik vaksin

Air Selangor peruntuk RM186 juta ganti paip dan tukar meter
Air Selangor dalam satu kenyataan berkata peruntukan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan perbelanjaan 2021 bernilai RM293 juta.

Air Selangor teruskan pelaksanaan inisiatif dalaman, kurangkan kadar air tidak berhasil
Pelaksanaan inisiatif yang dilaksanakan sejak 2017 akan diteruskan dengan sasaran untuk mengurangkan kadar purata NRW sebanyak 0.5 peratus.

Air Selangor peruntuk RM293 juta turunkan kadar air tidak berhasil
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperuntukkan RM293 juta tahun ini berbanding RM255 juta pada 2020 untuk mencapai penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) pada tahun ini.

Bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Langat pulih 57%
Air Selangor dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 2 pagi ini.

36 kawasan di Shah Alam, Klang, Petaling alami gangguan bekalan air berjadual 12 Januari ini
22 kawasan di Shah Alam, empat kawasan di Klang dan 10 kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021.

Bekalan air di Wilayah Hulu Selangor pulih sepenuhnya
Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

Henti tugas LRA Sungai Selisek, lapan kawasan dijangka terjejas - Air Selangor
Jangkaan untuk LRA itu beroperasi semula tidak dapat dipastikan ketika ini kerana hujan belum berhenti dan paras air masih kritikal.

Pembaikan paip putus selesai, penyaluran air secara berperingkat - Air Selangor
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan para pengguna yang terjejas kini mula mendapat bekalan air secara berperingkat.

Gangguan bekalan air: Kerja pembaikan paip putus Damansara Utama lewat 4 jam
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), terdapat masalah teknikal dan keselamatan melibatkan kerja pengalihan paip sementara di atas bahu jalan Lebuhraya SPRINT.

Paip putus: Kerja pembaikan 30 jam, bekalan pulih petang 1 Jan
Kerja pembaikan dijangka siap pada pagi 31 Disember dan bekalan akan pulih sepenuhnya di 63 kawasan di Lembah Klang pada 6 petang, 1 Januari 2021.