GEORGE TOWN: Bekalan air di Pulau Pinang pulih sepenuhnya hari ini selepas mengalami gangguan berikutan penurunan mendadak paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang yang menjejaskan pengeluaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Ahad lepas.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan setakat 11 pagi tadi, bekalan air telah dinormalisasi untuk hampir 100 peratus pengguna yang terjejas sebelum ini.
"Hanya sesetengah kawasan masih mengalami isu tiada bekalan air disebabkan oleh isu yang berkaitan dengan paip pecah, angin di dalam paip dan "sistem retikulasi dalaman" yang melibatkan sistem pam air dalaman dalam premis blok pangsapuri.
"PBAPP sedang memantau dengan teliti kestabilan keseluruhan sistem bekalan air Pulau Pinang ke arah fasa pemulihan sepenuhnya," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan pasukan kerja PBAPP sedang bekerja keras untuk menyelesaikan isu di lapangan dan orang ramai yang masih menghadapi masalah bekalan air boleh menghubungi Pusat Panggilan 24 jam PBAPP di talian 04-255 8255.
Sejak Ahad, sebanyak 400,000 pemilik akaun PBAPP melibatkan lebih 2 juta pengguna di negeri ini mengalami gangguan bekalan air sama ada tiada langsung air atau tekanan rendah, namun dalam tempoh 36 jam, lebih 90 peratus pengguna telah menerima bekalan air.
Media turut melaporkan kira-kira 252,000 akaun pengguna di tiga daerah iaitu Kuala Muda, Kulim dan sebahagian kawasan Baling di Kedah terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan penurunan mendadak paras sungai yang berpunca daripada kerosakan pintu kawalan air (barrage) Sungai Muda.
Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air di tiga daerah itu bermula pada 7.25 pagi Ahad dan kejadian luar jangka itu mengakibatkan pengoperasian LRA Sungai Petani/Pinang Tunggal serta LRA Kulim Hi-Tech terpaksa dihenti tugas buat sementara waktu sehingga paras sungai kembali stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan setakat 11 pagi tadi, bekalan air telah dinormalisasi untuk hampir 100 peratus pengguna yang terjejas sebelum ini. -Gambar hiasan
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Bekalan air di P.Pinang pulih sepenuhnya
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan setakat 11 pagi tadi, bekalan air telah dinormalisasi untuk hampir 100 peratus pengguna yang terjejas sebelum ini.