awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
E-mel terbaharu dedah Epstein, Larry Summers saling sindir keupayaan Trump
Carlo Rino cadang pindah ke Pasaran Utama menjelang separuh kedua 2026
SpaceX catat untung hampir AS$8 bilion, bakal lancar IPO terbesar tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan elektrik di Sarawak pulih selepas 15 jam

Bernama
Bernama
12/11/2012
09:18 MYT
Bekalan elektrik di Sarawak pulih selepas 15 jam
Bekalan tenaga elektrik di bandar raya ini serta bahagian barat Sarawak pulih sepenuhnya pada 9.52 pagi hari ini selepas terputus lebih 15 jam sejak pukul 7 petang semalam.
Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataan hari ini, berkata gangguan berlaku apabila talian penghantaran di Engkili-Mambong terpelantik tanpa diduga pada pukul 7 petang semalam.
Masalah berjaya diatasi pada pukul 9.33 pagi tadi dan bekalan elektrik pulih sepenuhnya 20 minit kemudian, kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pasukan jurutera SEB yang digegas ke lokasi semalam untuk menangani masalah tersebut tidak dapat memasuki kawasan berkenaan kerana keadaan yang gelap.
SEB sedang menyiasat punca kejadian, kata kenyataan itu.
Sementara itu, tinjauan di sekitar bandar raya ini mendapati bekalan elektrik kembali seperti biasa menjelang pukul 10 pagi tadi.
Sesetengah penduduk yang ditemui pula menyifatkan gangguan itu adalah paling lama pernah dialami mereka setakat ini.
Topic Berkaitan
#bekalan
#elektrik
#Kuching
#Sarawak
#SEB
#terputus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan