Bilangan pelanggan yang 'menyerbu' pasar raya Mydin meningkat dua kali ganda berikutan khabar angin kerajaan akan melaksanakan perintah berkurung tersebar, namun tindakan itu sebenarnya dikatakan tidak perlu.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata orang ramai tidak seharusnya bimbang seterusnya membuat pembelian panik kerana bekalan makanan sebenarnya mencukupi.
"Secara purata, setiap satu cawangan Mydin hanya dikunjungi kira-kira 5,000 pelanggan setiap hari, namun jumlah itu meningkat kepada 10,000 orang malam tadi (Isnin).
"Kita menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat tiga kali ganda kepada 15,000 pelanggan hari ini," katanya ketika ditemui Astro AWANi di sini, pada Selasa.
Ameer Ali yang juga Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) berkata, pasar raya besar itu telah memanjangkan waktu operasi setengah jam lebih awal bagi memberi ruang serta keselesaan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) bagi mengelakkan golongan itu berebut dengan pelanggan lain.
Tempoh setengah awal itu katanya, hanya dibuka khas kepada golongan warga emas dan OKU serta keluarga yang mengiringi mereka.
"Pada masa yang sama, kita juga menyediakan dua kaunter khas bagi mereka" tambahnya.
Beliau berkata, Mydin juga terpaksa menghadkan pembelian beberapa barangan kawalan seperti beras dan minyak kepada dua bungkusan setiap keluarga bagi membolehkan setiap pelanggan mendapat barangan sama rata.
Tinjauan Astro AWANI di pasar raya besar Mydin, USJ mendapati, orang ramai berpusu-pusu dengan troli yang penuh dengan makanan kering, beras, minyak dan susu formula. Juga dilihat barisan panjang yang luar biasa di kaunter-kaunter pasar raya itu.
Malah ada antara mereka yang mengaku mengambil cuti semata-mata untuk membeli barangan keperluan harian kerana khuatir bekalan habis.
Dalam pada itu, seorang pekerja swasta, Naizam Ali, 50, memberitahu, dia datang seawal pukul 8 pagi bagi membeli bekalan keperluannya untuk tiga minggu.
"Saya ingatkan tak ramai orang kalau datang awal, sekali penuh pasar raya ini," katanya yang mengakui melakukan pembelian panik.
Perkara yang sama turut dikongsi oleh seorang agen insurans R. Arumugam, 73, yang memberitahu, dia terpaksa membeli barang dalam jumlah yang banyak memandangkan kesemua anak-anaknya bekerja dan khuatir bekalan habis.
Lain pula kata, Kartika Sari Khalid, 49, yang menyifatkannya sebagai pembelian panik.
"Kedai-kedai masih beroperasi seperti biasa dan masih mendapat akses untuk membeli barang," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Tue Mar 17 2020
Ramai yang mengaku mengambil cuti semata-mata untuk membeli barangan keperluan harian kerana khuatir bekalan habis.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
PRN Sabah: Sorakan bergema bila Bung Moktar umum kemenangan
Sorakan kemenangan bergema di lokasi berkumpul pemimpin-pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di Ibu Pejabat UMNO Sabah.