Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan topeng hidung dan mulut mencukupi untuk keperluan orang ramai dalam mengawal jangkitan COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan akan membeli stok sedia ada sebanyak 400,000 keping topeng hidung dan mulut daripada pengeluar tempatan dan strategi pengedaran kepada orang ramai akan diumumkan kemudian supaya masyarakat tidak melakukan pembelian panik dengan jumlah yang banyak.
"Mereka (pengeluar tempatan) bersetuju (untuk membekal topeng hidung dan mulut) dan kami telah mengenal pasti jumlah topeng yang diperlukan. Saya juga telah memaklumkan kepada Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Pada masa sama, kami sedang melihat kepada pilihan lain supaya pengeluar dapat meningkatkan pengeluaran mereka dan kami bersetuju untuk membantu apa sahaja masalah yang mereka hadapi. Jadi, setakat ini, kami bersedia untuk membuat pesanan kepada pengilang sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri sesi dialog antara KPDNHEP dengan pemain industri mengenai impak COVID-2019 serta cadangan untuk melegakan situasi itu, di sini pada Khamis.
Ditanya berapa banyak topeng yang ditempah, Saifuddin berkata: "Kami perlu bergantung kepada kapasiti mereka...sebagai contoh beberapa (pengilang) berkata mereka mempunyai stok sedia sebanyak 400,000 keping dan boleh menghasilkan 200,000 keping sehari, ada yang kata boleh hasilkan 100,000 keping seminggu, ada juga yang boleh sediakan 50,000 keping.
"Beberapa pengilang mengatakan mereka perlukan bantuan kerajaan. Kami akan beri komitmen untuk membantu mereka, tetapi seberapa banyak yang mereka ada kami (kerajaan) bersedia untuk membeli," katanya.
Saifuddin Nasution berkata aduan kekurangan topeng hidung dan mulut sebelum ini berpunca daripada permintaan mendadak menyebabkan pasaran domestik menghadapi kekurangan bekalan.
Mengenai tindakan sama ada KPDNHEP akan mengehadkan pembelian cecair pembasmi kuman dan topeng, beliau berkata pembelian secara besar-besaran tidak berlaku di seluruh negara sebaliknya hanya di negeri tertentu.
"Belum sampai masa itu (hadkan pembelian). Saya lebih tumpukan kepada mencukupkan bekalan dengan kerjasama pengeluar yang menyatakan persetujuan dan memberi angka berapa mereka mampu hasilkan," katanya.
Sementara itu, mengenai sesi dialog bersama pemain industri, Saifuddin Nasution berkata kementerian akan mengambil pandangan dan cadangan mereka untuk dimajukan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana kerajaan dalam proses merangka satu pakej rangsangan ekonomi yang akan dibentangkan Mac ini.
Beliau berkata perdagangan domestik adalah penyumbang signifikan ekonomi negara khususnya sektor pengedaran dan peruncitan, dan berharap menerusi sesi dialog itu, kerajaan dapat membantu pemain industri dalam melegakan masalah untuk menghadapi cabaran COVID-2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 13 2020
Saifuddin berkata, kerajaan akan membeli stok sedia ada sebanyak 400,000 keping topeng hidung dan mulut daripada pengeluar tempatan. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.