KUALA LUMPUR: Bekalan vaksin dijangka akan lebih stabil dan mencukupi mulai bulan Jun tahun ini.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, ketika itu beliau menjangkakan vaksinasi secara besar-besaran akan berjalan lancar.
"Buat masa ini permintaan mengatasi bekalan. Berdasarkan graf, kita akan mempunyai cukup bekalan untuk mencapai sasaran 80 peratus penduduk sebelum akhir tahun ini.
"Ini mengikut portfolio dan rancangan semasa yang kami umumkan pada bulan Februari," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata demikian susulan timbul kebimbangan orang ramai berhubung Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilihat perlahan.
Kata Khairy, ada individu yang mendaftar pada bulan Februari namun bertanya bila mereka akan mendapat temujanji untuk suntikan vaksin.
"Seperti yang diumumkan sebelumnya, program vaksinasi akan berjalan hingga akhir tahun dan akan dilaksanakan secara berperingkat.
"Kami kini mengakhiri fasa satu yang melibatkan barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan. Minggu depan kita memulakan fasa dua yang melibatkan individu berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik," ujarnya.
Jelas, Ahli Parlimen Rembau itu, bekalan vaksin dalam negara masih rendah disebabkan negara-negara kaya telah memonopoli pasaran vaksin.
"Beberapa negara kaya telah membeli vaksin yang mencukupi untuk warganya tiga hingga lima kali ganda.
"Banyak syarikat farmaseutikal lebih memilih negara kaya dengan alasan yang jelas.
"Itulah sebabnya Malaysia terpaksa menyeimbangkan portfolio vaksin COVID-19 untuk memasukkan Pfizer, AstraZeneca dan juga dari negara bukan barat seperti Sinovac (China).
Khairy dalam masa yang sama berjanji akan berusaha untuk memastikan bekalan vaksin diterima dengan lebih pantas.
Beliau turut menyeru agar orang ramai patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam beberapa bulan akan datang sementara menunggu temujanji vaksinasi melalui aplikasi Mysejahtera atau SMS.
Afiezy Azaman
Wed Apr 14 2021

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, bekalan vaksin dijangka akan lebih stabil dan mencukupi mulai bulan Jun tahun ini. - Astro AWANI

Dialog lakonan didakwa 'menghina' wanita, Maszlee mohon maaf
Maszlee Malik memohon maaf khususnya kepada golongan wanita susulan penggunaan dialog kasar dan tidak bersesuaian dalam siri drama Kudeta.

Hasrat PM supaya cetak, edar satu juta al-Quran akan disegerakan - Mohd Na'im
Bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan mengadakan perbincangan.

Politik Sabah | Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan akan mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Ketua Menteri yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, Gagasan Rakyat akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah.

Cadangan Terima KJ | Ambil kira ‘perasaan’ semua pihak - Naib Presiden PKR
Cadangan penyertaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bersama Pakatan Harapan hanya akan diputuskan kepimpinan Majlis Presiden PH. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu harus dinilai secara teliti dengan mengambil kira hubungan antara parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bakar Al-Quran | Kerjasama semua agensi selaras pengedaran sejuta Al-Quran
Semua agensi berkaitan akan bekerjasama bagi menyelaraskan pengedaran satu juta Al-Quran sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah Al-Quran di Sweden. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Naim Mokhtar berkata, ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang melihat ia cara paling praktikal untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci umat Islam itu.

Ibu bapa, guru perlu main peranan basmi masalah sosial - Permaisuri Agong
Seri Paduka bertitah isu disiplin dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dalam kalangan kanak-kanak dan remaja juga harus diberi perhatian.

Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.

PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan hadapi banjir - Acryl Sani
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

KJ bakal sertai pengurusan JDT?
Hantaran terbaru Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram miliknya, memberi bayangan Khairy bakal menyertai pengurusan JDT.

'KJ pemimpin bijak, kalau berminat boleh buat permohonan' - Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia membuka ruang dan mempertimbangkan sekiranya ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai mereka.

'Pemecatan Khairy bukan satu kejutan' - Kalimullah
Jelas Kalimullah, tindakan itu membuatkan UMNO menjadi tidak relevan dan mungkin lebih baik untuk Khairy.

KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO
Selepas beberapa siri pertelagahan dalaman UMNO, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akhirnya dipecat daripada parti itu.

MKT UMNO mula bermesyuarat, dijangka buat beberapa keputusan penting
Ahli MKT dilihat mula memasuki ruang legar di Menara Datuk Onn bermula jam 8 malam bagi menghadiri mesyuarat tersebut.

'Pembersihan' besar-besaran?, Mesyuarat MKT UMNO malam ini jadi tumpuan
Mesyuarat MKT UMNO malam ini, bakal menjadi tumpuan berikutan keputusan penyingkiran beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan tindakan sabotaj dan mengkritik kepemimpinan parti.

'UMNO milik semua, bukan MT sahaja' - Khairy
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menegaskan UMNO adalah milik semua ahlinya dan bukan milik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sahaja.

Ahli sabotaj UMNO: Langkah 'pembersihan' besar-besaran esok - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa nasib individu lain selain bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut akan ditentukan dalam mesyuarat MKT esok.

Khairy tolak pelawaan PN, masih setia bersama UMNO
Khairy berterima kasih atas pelawaan PN dan berpendirian mahu kekal dalam UMNO.

UMNO tentukan nasib KJ pada Jumaat
Sebarang keputusan yang dibuat oleh MKT UMNO itu adalah berdasarkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO yang diadakan pada Rabu.