awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Jemoreng meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Bernama
Bernama
17/09/2021
06:32 MYT
Bekas ADUN Jemoreng meninggal dunia akibat komplikasi jantung
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid An-Nur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang, di sini selepas solat Jumaat. - Foto Astro AWANI
SIBU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwi meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, pada kira-kira 5 pagi tadi akibat komplikasi sakit jantung.
Isteri Allahyarham, Dayang Normaliza Awang Tambi berkata Abu Seman yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum itu dibawa ke hospital tersebut untuk rawatan kerana demam panas dan mengadu sakit dada.
Beliau turut menyifatkan Allahyarham suaminya yang meninggalkan empat anak perempuan dan seorang cucu sebagai seorang yang amat memahami, suka menolong, senang dibawa berbicara, penyayang serta periang.
Katanya, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid An-Nur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang, di sini selepas solat Jumaat.
Allahyarham Abu Seman merupakan ADUN pertama kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng sejak mula dipertandingkan pada 2006 namun tidak mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 untuk memberi laluan kepada bekas mufti Perlis Datuk Juanda Jaya.
Topic Berkaitan
#Abu Seman Jahwi
#ADUN Jemoreng
#meninggal dunia akibat komplikasi sakit jantung
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan