awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Sanglang meninggal dunia

Bernama
Bernama
14/04/2021
09:12 MYT
Bekas ADUN Sanglang meninggal dunia
Allahyarham Karim menyandang kerusi ADUN Sanglang pada 1995 setelah berjaya menewaskan Datuk Hashim Jasin dari Pas atas tiket Barisan Nasional, pada Pilihan Raya Umum ke-9 (1995-1999). - Gambar fail
KANGAR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Perlis Karim Salleh meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira 12.24 tengah hari tadi.
Anak bongsu Allahyarham, Abdul Hafiz, 33 berkata, ayahnya, 81, dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar pada 23 Mac lepas sebelum dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut berikutan serangan jantung.
“Jenazah ayah (Karim) akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Padang, Simpang Empat dekat sini hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Ramlah Hamid, 68, dan empat orang anak.
Allahyarham Karim menyandang kerusi ADUN Sanglang pada 1995 setelah berjaya menewaskan Datuk Hashim Jasin dari Pas atas tiket Barisan Nasional, pada Pilihan Raya Umum ke-9 (1995-1999).
Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara selepas kalah di tangan Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-10.
Topic Berkaitan
#adun sanglang
#ADUN Perlis
#Karim Salleh
#Hospital Sultanah Bahiyah
#Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Padang
#Hashim Jasin
#Pilhan Raya Umum ke-10
#Pilihan Raya ke-8
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan