awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ahli Parlimen Rembau pertama meninggal dunia

Bernama
Bernama
12/05/2023
09:00 MYT
Bekas Ahli Parlimen Rembau pertama meninggal dunia
Allahyarham Firdaus meninggal dunia di kediaman keluarga di Taman Paroi Jaya, Negeri Sembilan.
SEREMBAN: Bekas Ahli Parlimen Rembau yang pertama, Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun, 73, meninggal dunia kira-kira 12.50 tengah hari tadi.
Anak Allahyarham Muhammad Faliq Firdaus Muhammad Rom berkata bapanya meninggal dunia di kediaman keluarga di Taman Paroi Jaya dekat sini.
"Sebelum ini, arwah ayah mempunyai penyakit buah pinggang.
"Ayah seorang yang tegas tetapi penyayang, ayah juga seorang pemimpin berjiwa rakyat.
"Saya tinggal bersama ayah, dua tiga hari ini, ayah nampak sihat, kami sekeluarga pasti merindui ayah dan juga ibu yang telah meninggal dunia pada Februari tahun lepas," katanya kepada Bernama.
Allahyarham Firdaus Muhammad Rom merupakan Ahli Parlimen Rembau bermula tahun 2004-2008 sebelum digantikan oleh Khairy Jamaluddin.
Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong dari tahun 1995 sehingga 2004. Allahyarham juga merupakan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menjadi Menteri Besar dari tahun 2008 sehingga 2010.
Muhammad Faliq berkata jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Paroi pada 6 petang ini untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas solat maghrib di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Paroi di Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini.
Firdaus Muhammad Rom dan isteri Datin Faridah Kassim dikurniakan lima anak dan seorang cucu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Ahli Parlimen Rembau
#Firdaus Muhammad Rom Harun
#Taman Paroi Jaya
#penyakit buah pinggang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan