awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas calon BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah, rumah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/06/2023
06:05 MYT
Bekas calon BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah, rumah
Pada PRU15, Hamidah tewas kepada calon DAP, Cheah Pou Hian dalam pertandingan tiga penjuru, dengan majoriti 20,111. - Foto Sinar Harian
TAIPING: Bekas calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di Taiping pada Jumaat atas 77 pertuduhan memperdaya empat orang guru berhubung pembelian tanah dan rumah tidak wujud, yang membabitkan kerugian lebih RM350,000.
Tertuduh, Hamidah Muhamad, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret R. Prabakaran dan Majistret Nur Atiqah Sapari.
Mengikut pertuduhan, dia yang bertanding atas tiket Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang didakwa memperdaya dua orang pengetua dan dua orang guru dalam urusan pembelian tanah dan rumah pada 2021 dan 2022.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sekitar Taiping.
Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan bekas Ketua Wanita Makkal Sakti Bahagian Taiping itu diikat jamin RM24,000 bagi semua pertuduhan dengan dua orang penjamin.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 31 Julai hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
Pada PRU15, Hamidah tewas kepada calon DAP, Cheah Pou Hian dalam pertandingan tiga penjuru, dengan majoriti 20,111.
Topic Berkaitan
#calon Barisan Nasional
#Hamidah Muhamad
#DUN Jelapan
#memperdaya 4 orang guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan