awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan

Dagang News
Dagang News
26/04/2024
06:15 MYT
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Hishamuddin sebelum ini berkhidmat sebagai CEO Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bermula 2018-2020 dan 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dari 2017-2018.
KUALA LUMPUR: Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
Hishamuddin, warga Singapura yang berusia 53 tahun, sebelum ini berkhidmat sebagai CEO Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bermula 2018-2020 dan pengendali rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dari 2017-2018.
"Dengan pengalaman hampir 30 tahun pengalaman merentasi syarikat multinasional di pelbagai wilayah, beliau membawa banyak pengalaman serta kepintaran kepimpinan kepada peranan baharunya," kata Al-Ikhsan dalam satu kenyataan.
Susulan pelantikan itu, Al-Ikhsan berkata, pihaknya teruja untuk memanfaatkan kepakaran dan visi Hishamuddin.
“Selain usaha korporat, Datuk Hishammudin amat komited terhadap tujuan sosial, melambangkan kepimpinan penuh belas ikhsan melalui penglibatannya dalam inisiatif menyokong komuniti,” kata syarikat itu.
Pada Mei tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas Syed Yasir Arafat Syed Abdul Kadir berkata, syarikat itu sedang dalam perbincangan awal untuk mengewangkan pelaburannya dalam Al-Ikhsan Sports melalui tawaran awam permulaan (IPO) atau jualan perdagangan, bergantung pada penilaiannya. - Dagang News
Topic Berkaitan
#Al-Ikhsan
#Hishammudin Hasan s
#7-Eleven
#IPO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan