awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas CEO FIC direman empat hari

Arief Subhan
Arief Subhan
01/08/2017
03:25 MYT
Bekas CEO FIC direman empat hari
Suspek berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.20 malam tadi, di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas hampir 12 jam memberi keterangan. - Foto Bernama
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel empat bintang di London oleh FIC.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.
Suspek berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.20 malam tadi, di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas hampir 12 jam memberi keterangan.
Suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi tadi dengan berkerusi roda, memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari.
Peguam suspek, Fahmi Abdul Muin, ketika ditemui berkata, anak guamnya terpaksa berkerusi roda kerana masalah sakit tulang belakang dan sendi otot.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.
Pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka bagi menyiasat pembelian hotel tersebut yang disyaki telah dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
Topic Berkaitan
#CEO
#FIC
#Hotel London
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan