awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas CEO syarikat pengendali air Johor didakwa tipu RM3.38 juta

Bernama
Bernama
27/01/2025
07:00 MYT
Bekas CEO syarikat pengendali air Johor didakwa tipu RM3.38 juta
Muhamad Faizal Aliar, 39, yang hadir ke mahkamah hari ini dengan berkerusi roda bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad. -Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengendali air Johor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu syarikat berkenaan berhubung dua program kebajikan tidak wujud berjumlah RM3,382,500, dua tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengendali air Johor, Muhamad Faizal Aliar, didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menipu syarikat berkenaan berhubung dua program kebajikan tidak wujud berjumlah RM3,382,500.
  • Muhamad Faizal didakwa menipu Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd untuk mempercayai dua program kebajikan yang tidak dilaksanakan, menyebabkan syarikat itu membuat bayaran ke dalam akaun bank milik Pertubuhan Inspirasi Prihatin Malaysia.
  • Mahkamah membenarkan Muhamad Faizal diikat jamin RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mac untuk sebutan kes.

Muhamad Faizal Aliar, 39, yang hadir ke mahkamah hari ini dengan berkerusi roda bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa menipu Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd dengan memperdayakan syarikat tersebut untuk mempercayai dua program iaitu "Program Imarah Ramadhan 2023" dan "Program Prihatin Komuniti Madani 2023" akan dilaksanakan seperti dinyatakan dalam dua surat permohonan sumbangan masing-masing bertarikh 1 April dan 4 April 2023, sedangkan program itu tidak dilaksanakan.
Perbuatan itu mendorong Syarikat Ranhill SAJ membuat bayaran masing-masing RM82,500 dan RM3.3 juta ke dalam akaun bank milik Pertubuhan Inspirasi Prihatin Malaysia, yang syarikat itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Menara Felda Platinum Park di sini pada 13 dan 14 April 2023 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan jaminan RM200,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin selain mengambil kira jumlah wang dalam pertuduhan ialah RM3.38 juta.
Peguam S Preakas yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan pada kadar RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan alasan anak guamnya tidak bekerja dan mengalami kecederaan saraf tunjang yang sedang menerima rawatan di hospital.
"Anak guam saya sudah berkahwin dan mempunyai empat anak yang masih bersekolah serta dua daripadanya anak istimewa masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun," kata peguam itu.
Mahkamah membenarkan Muhamad Faizal diikat jamin RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mac untuk sebutan kes.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas CEO
#syarikat pengendali air
#Muhamad Faizal Aliar
#dua program kebajikan tidak wujud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan