awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Datuk Bandar Ipoh meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2023
15:10 MYT
Bekas Datuk Bandar Ipoh meninggal dunia
Bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pada Ahad. - Sinar Harian/foto FB MPM
IPOH: Bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini pada Ahad.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Allahyarham, 56, pernah menjadi Yang Dipertua MPM selama lapan tahun sejak 2007.
Pada tahun 2015, beliau dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh selama empat tahun sehingga Julai 2019.
Media pada pada April 2019 melaporkan Allahyarham tidak dapat menjalankan tugas selama beberapa bulan kerana didakwa menghidap penyakit misteri.
Susulan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) pada 24 April 2019 dalam satu kenyataan memaklumkan tempoh perkhidmatan Zamri sebagai Datuk Bandar Ipoh dipendekkan bermula 17 Februari 2019 atas faktor kesihatan.
Beliau selepas itu ditempatkan di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mulai 18 Februari tahun sama bagi menjalani rawatan pemulihan.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bekas Datuk Bandar Ipoh
#Zamri Man
#meninggal dunia
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan