awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas editor RTM, Sahbudin Abdullah meninggal dunia

Bernama
Bernama
28/11/2024
04:15 MYT
Bekas editor RTM, Sahbudin Abdullah meninggal dunia
Bekas editor Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sahbudin Abdullah meninggal dunia hari ini pada usia 73 tahun akibat sakit jantung. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas editor Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sahbudin Abdullah meninggal dunia hari ini pada usia 73 tahun akibat sakit jantung.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 1.30 pagi tadi ketika sedang memandu dalam perjalanan pulang ke kediamannya.
Berita kematian bekas editor RTM itu disahkan oleh anak lelakinya, Amrul Karim ketika dihubungi Bernama.
Menurut Amrul Karim, jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Serdang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana, pada pukul 7 malam hari ini.
Sahbudin yang berkhidmat di RTM sebagai petugas kontrak tidak berpencen selama 27 tahun sehingga 2017, juga merupakan penerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di kediamannya di Cheras pada 4 Jan lepas, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin, dan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita, Arul Rajoo Durar Raj.
Sahbudin sebelum itu pernah berkhidmat di Utusan Malaysia sejak 1980 sehingga 1990, serta menjadi koresponden di Jakarta pada tiga tahun terakhir perkhidmatannya di syarikat tersebut. Beliau disahkan menghidap penyakit jantung sejak 2020. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas editor RTM
#Sahbudin Abdullah
#meninggal dunia
#koresponden Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan