MELAKA: Seorang bekas jururawat yang kini suri rumah sepenuh masa, sebak terpilih untuk mendiami Inap Rahmah dengan kadar bayaran RM5 semalam.
Siti Nurul Hasyimah Yusoff, 29, berkata, hasratnya untuk membawa abang dan kakaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) untuk bercuti dengan harga berpatutan tercapai.
Menurutnya, sejak berhenti kerja lebih empat tahun lalu, dia memikul tanggungjawab menjaga bapa, Yusoff Sulaiman, 68, menghidap strok selain kaki kanan telah dipotong serta dua beradiknya masing-masing berusia 45 dan 46 tahun yang OKU.
Katanya, sebelum ini beberapa kali terfikir untuk membawa mereka sekeluarga bercuti, namun kekangan kewangan dan tenaga menyukarkan untuk dia membawa ibu bapa dan adik- beradik bercuti bersama.
"Abang dan kakak saya OKU dan sukar mencari tempat yang mesra OKU dan lebih privasi dengan harga murah.
"Pernah sebelum ini kami menginap di hotel ketika saya masih bekerja.
"Namun ada yang memandang pelik melihat keadaan abang saya berusia 46 tahun OKU, jadi bila ada kolam persendirian begini lebih selesa dan tidak mengganggu sesiapa," katanya ketika ditemui di Homestay Saresera di Bukit Katil, di sini, pada Rabu.
Dia yang menetap di Batu Caves Selangor, berkata, meskipun hanya menginap semalam, namun berpuas hati kerana penginapan itu dilengkapi kolam mandi dan kemudahan lain yang secara tidak langsung memberi keterujaan kepada abang dan kakaknya.
Menurutnya, yang belum dianugerahkan anak, percaya dengan rezeki yang diberikan ALLAH SWT dalam pelbagai bentuk termasuk kesihatan yang baik kerana ibunya, Siti Rahmah Said Ideris, 68, juga mengalami masalah kesihatan dan perlu menjalani dialisis setiap minggu.
Ujarnya, mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan kelulusan menginap di kediaman itu setelah memberikan dokumen yang diperlukan kepada pemilik inap desa tersebut termasuk salinan pengesahan bapanya merupakan penerima bantuan bulanan dan kad OKU kedua-dua beradiknya.
"Alhamdulillah sangat mudah, dah lebih 10 tahun tak dapat menikmati percutian bersama keluarga seperti ini dan akhirnya ALLAH makbulkan dengan pakej percutian yang berpatutan," katanya yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik.
Sementara itu, pemilik Sarasera Homestay, Nurul Himmah Muhammad Kamaruzzaman, 34, berkata pakej yang ditawarkan itu khusus untuk golongan B40 dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Ujarnya, harga sebenar penginapan yang ditetapkan adalah RM650 semalam pada hari biasa dan RM750 pada cuti umum serta hujung minggu.
"Pakej ini telah bermula sejak Februari lalu hingga bulan ini sebagai satu cara saya membuat kebajikan dan menggembirakan B40 untuk bercuti dengan harga murah.
"Saya terharu apabila ada keluarga yang benar-benar tergolong dalam B40 mengambil peluang untuk menginap di sini, kerana ada juga yang mahu mengambil kesempatan sedangkan mereka berkemampuan," katanya lagi.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Mar 16 2023
Nurul Himmah (dua, kiri) ketika melawat keluarga itu di Homestay Sarasera di Bukit Katil. - Gambar SINAR HARIAN
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Bekas jururawat sebak dapat bercuti di Inap Rahmah RM5
Hasrat Siti Nurul Hasyimah untuk membawa abang dan kakaknya yang merupakan OKU untuk bercuti dengan harga berpatutan tercapai.