awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas juruteknik disyaki bakar rumah, cederakan bapa direman tujuh hari

Bernama
Bernama
19/09/2025
00:45 MYT
Bekas juruteknik disyaki bakar rumah, cederakan bapa direman tujuh hari
Suspek didapati positif dadah jenis metamfetamina dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
MUAR: Seorang bekas juruteknik direman tujuh hari setelah disyaki membakar rumah dan kenderaan milik ahli keluarga selain mencederakan bapanya sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.
Mahkamah Majistret di sini membenarkan suspek berusia 32 tahun itu yang disyaki mengalami masalah mental selain positif dadah direman hingga Rabu depan bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.
Proses reman dilakukan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini kerana suspek masih menerima rawatan apabila turut mengalami kecederaan selain perlu dipantau oleh pihak hospital berkaitan masalah mental.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata insiden yang berlaku pada 9.43 pagi Rabu di Kampung Tengah, Jalan Bakri menyaksikan suspek memukul dan melibas bapanya yang berusia 70 tahun dengan rotan serta pisau.
Beliau berkata suspek didapati positif dadah jenis metamfetamina dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Dalam kejadian itu, kebakaran yang berlaku turut mendatangkan kemusnahan terhadap sebuah motosikal dan kereta dengan anggaran kerugian mencecah RM150,000," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#juruteknik
#bakar rumah
#masalah mental
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan