SUBANG JAYA:Dulu terbang berbumbungkan langit biru, kini berniaga berbumbungkan khemah merah.
Hilang kerjaya, punca pendapatan utama namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat bekas juruterbang ini, Azrin Mohamad Zawawi.
Rutinnya bermula seawal jam 6 pagi, hari-hari maka tiada cuti, namun berbekalkan semangat dan sokongan keluarga, Azrin terus tabah menempuhi setiap dugaan.
Kini, beliau boleh berbangga dengan gerai kecilnya, Kapten Corner di Boomtown USJ, Subang Jaya.
Meskipun baru dibuka namun sambutannya cukup menggalakkan, kadangkala dia mengakui tak menang tangan dibuatnya.
“Sebenarnya keluarga isteri memang dah lama terlibat dalam bidang masakan. Jadi, idea ini datang bila kedengaran khabar angin mungkin syarikat akan melakukan pemberhentian pekerja.
“Jadi kami berbincang dan pilih lokasi di sini berdasarkan nasihat dari rakan. Kami mula berniaga seminggu sebelum diberhentikan kerja. Boleh kata saya memang bersedia awal,” katanya ketika ditemui di gerainya di sini pada Rabu.
Rutin hariannya kini berubah. Jika dulu sibuk di kokpit pesawat, kini sibuk memegang pisau di dapur.
“Awal-awal memang kekok. Masa itulah belajar potong sayur, kupas bawang dengan cepat, semuanya baru untuk saya. Lama-lama dah biasa.
“Dulu masa bungkus kuah, sampai bengkak jugalah jari tapi sekarang bila dah biasa, nampak mudah saja. Syukur isteri dan anak-anak sama-sama bagi semangat untuk saya,” ujarnya.
Lebih 20 tahun menjadi juruterbang, tak dinafikan beliau sedih apabila mendapat surat berhenti kerja namun bagi Azrin, dia lebih sedih meninggalkan rakan-rakan seperjuangannya.
Lebih menyedihkan, ada yang diberhentikan begitu sahaja ketika tiada apa-apa perancangan dan persediaan.
Namun, Azrin bertuah kerana isterinya, Latun Noralyani Meor Aminudin, 41, sentiasa setia di belakangnya, menyokongnya setiap masa.
“Saya memang berterima kasih kepada isteri saya yang banyak sokong saya, sentiasa ada dengan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Azrin menasihatkan semua yang terjejas akibat COVID-19 khususnya terus bangkit kerana peluang ada banyak, cuma perlu dicari sahaja.
“Jangan putus asa, semangat kena tinggi sebab kita nak survive. Kita tak boleh putus asa, kena sentiasa fikir ke depan, kena fikir apa yang perlu dibuat untuk hadapi semua ini.
“Jalan terus, maju ke depan, usah pandang ke belakang,” kata Azrin yang nampak gembira dengan ‘kerjaya’ barunya ini.
Ridauddin Daud
Wed Nov 04 2020
Jangan putus asa, semangat kena tinggi sebab kita nak 'survive', kata Azrin. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
Bekas juruterbang cekal hadapi dugaan, kini bersemangat berniaga di gerai
Dulu terbang berbumbungkan langit biru, kini berniaga berbumbungkan khemah merah.