KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Dewan dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Firdaus Abdullah, 79, yang juga dikenali sebagai seorang penulis dan penyajak, meninggal dunia hari ini.
DBP memaklumkan perkhabaran itu menerusi Facebook rasminya dan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga di atas pemergian Allahyarham.
“Warga Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Berbahagia Datuk Dr Firdaus bin Abdullah (Mantan Ketua Pengarah DBP) yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 April 2024 bersamaan 2 Syawal 1445.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” menurut hantaran itu.
Sepanjang menjadi tokoh bahasa, Firdaus dikenali dengan beberapa karya antara kumpulan puisi Prisma Mimpi (1985), kumpulan puisi kanak-kanak Puisi Amira dan Falahi (1986), selain kebanyakan puisi ecerannya tersiar dalam antologi puisi dan terbitan berkala.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Methodist Sentul, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Sastera Kewartawanan dan Sains Politik di Northern Illinois University di Amerika Syarikat (AS), pada 1969.
Allahyarham juga mempunyai Sarjana dalam Komunikasi dan Hubungan Antarabangsa dari Ohio University dan Sarjana dalam Falsafah dan Perbandingan Politik dan PhD Sains Politik dari Columbia University, AS.
Dalam kerjaya pula beliau bermula sebagai Penolong Pensyarah (Sementara), Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib-Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya pada 1998 hingga 2001.
Di sektor swasta, beliau berkhidmat sebagai wartawan Berita Harian dan News Straits Times dan Pengerusi Eksekutif Utusan Karya Sdn Bhd, manakala dalam bidang politik beliau pernah dilantik sebanyak dua kali sebagai Senator bermula pada 2009. - Bernama
Bernama
Thu Apr 11 2024
Bekas Ketua Pengarah Dewan dan Pustaka (DBP), Firdaus Abdullah, 79, yang juga dikenali sebagai seorang penulis dan penyajak, meninggal dunia hari ini.
Pekerja pusat servis maut, rakan parah tayar meletup
Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika kedua-dua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.
Niaga SPOTLIGHT: Labour Day 2024 | Progressive Wage Policy & Living Wages
Xavier Estupinan, Regional Wage Specialist, DWT (Decent Work Team) Asia and the Pacific, for International Labour Organisation (ILO) joins us now from ILO’s Regional Office in Bangkok to share some comments on Progressive Wage Policy and Living Wages.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Permohonan pembatalan kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon ditolak
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
WEF: Mendasari geopolitik, mencari keterangkuman
Editor Kanan Niaga AWANI, Najib Aroff membawakan rangkuman Mesyuarat Khas WEF yang berlangsung baru-baru ini di Riyadh, Arab Saudi bersama Pengarah Strategi, KRA Group, Amir Fareed Rahim.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
Kadar Fed AS kekal, ekonomi akan mengukuh atau melemah?
Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah. Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan ini dan bagaimana prospek ekonomi serta pasaran dalam tempoh terdekat?
Pelaburan Microsoft: Memperkasa era baharu AI di Malaysia
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia. Bagaimana untuk manfaatkan pelaburan ini serta mempekasa era baharu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia?
'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan
Aktif dalam gerakan persatuan mengangkat dan memperjuangkan bahasa, merupakan bukti kesungguhan Allahyarham Datuk Firdaus Abdullah yang begitu mencintai nilai dan keindahan kesusasteraan dan budaya.
Bekas Ketua Pengarah DBP, Firdaus Abdullah meninggal dunia
Allahyarham Firdaus meninggal dunia pada usia 79 tahun.
'Tiada pimpinan Pemuda hasrat keluar parti susulan pendedahan DOJ'
Beliau yakin semua pimpinan Pemuda memahami proses kehakiman berkenaan.