awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda palsukan dokumen

Bernama
Bernama
08/01/2024
12:11 MYT
Bekas Ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda palsukan dokumen
Wanita itu dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. - Gambar Bernama
KUALA TERENGGANU: Bekas ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen berkaitan program "Kembali ke Sekolah", empat tahun lepas.
Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Roslilawati Mukhtar, 45, yang juga Pengerusi Pertubuhan Komuniti Gemilang Terengganu dan turut memerintahkan wanita itu dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Berdasarkan pertuduhan, dia dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu senarai nama 100 orang untuk program itu bertarikh 17 Dis 2020 berjumlah RM5,000 yang dia tahu bahawa dokumen tersebut adalah palsu.
Kesalahan tersebut dilakukan di Ketengah Holding Sdn Bhd di Dungun pada Disember 2020.
Wanita itu dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mariah Omar manakala Roslilawati tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman penjara
#dokumen palsu
#SPRM
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan