Bekas naib canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa melantik anak dan menantunya di universiti berkenaan empat tahun lalu.
Tertuduh, yang yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bertugas sebagai Naib Canselor UPSI yang juga Pengerusi Mesyuarat Pengurusan Eksekutif bil.24/2014 ketika itu, telah menggunakan kuasa meluluskan lantikan anaknya, Mohd Fauzi Zakaria ke Lantikan Kontrak Jurutera (Awam) Gred J41 di bilik BC 2-7, Bangunan Canselori, UPSI Tanjung Malim antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari pada 8 Okt 2014.
Tertuduh turut didakwa menggunakan kuasa meluluskan lantikan terhadap menantunya, Siti Nooraishah Mansor sebagai calon simpanan 2 bagi jawatan Juruteknik FT17 secara kontrak di lokasi dan waktu yang sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Nurul Wahida mencadangkan wang jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan atas alasan beliau merupakan pesara kerajaan yang masih menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan dua anak yang masih belajar.
Indra Nehru kemudian membenarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin ahli keluarga terdekat bagi kedua-dua pertuduhan. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.
Mahkamah menetapkan 7 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Astro Awani
Tue Nov 27 2018
Zakaria dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan salah guna kuasa melantik anak dan menantunya di universiti berkenaan empat tahun lalu. - BERNAMA/Fail
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
Najib kesal terhadap kerugian dialami SRC International
SRC International menuntut Najib membayar pampasan RM42 bilion atas kerugian yang dialami syarikat.
Polis Labuan, SPRM ikrar perkukuh kerjasama perangi rasuah dan salah guna kuasa
ACP Muhammat Azis Malmod membuat ikrar itu semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Mohd Hamizi di pejabatnya pada Rabu.
Penyasaran subsidi supaya negara tidak bankrap, bukan mahu bebankan rakyat - PM Anwar
Anwar berkata tindakan melaksanakan pelarasan tarif elektrik dan apungan harga barangan keperluan tertentu bukan untuk menyusahkan rakyat.
Rasuah: Pengurus Pembangunan Felcra Training & Consultancy dipenjara 7 tahun, denda lebih RM7 juta
Seorang pengurus pembangunan FTC dipenjara tujuh tahun dan denda RM7,132,000, selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
Keputusan semakan Muhyiddin lepas bebas hari ini
Panel lima hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi dijangka memutuskan perkara terbabit pada jam 9 pagi.
Bekas pegawai eksekutif GLC ditahan salah guna jawatan sokong lantik syarikat suami
Bekas pegawai GLC ditahan salah guna jawatan sokong lantik syarikat suami
PDRM tidak sekat agensi penguat kuasa siasat pegawai, anggota terlibat rasuah - KPN
PDRM tidak menyekat mana-mana agensi terutamanya SPRM untuk menyiasat pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.