awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pegawai Bernas hadapi 6 tuduhan rasuah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/03/2016
11:27 MYT
Bekas pegawai Bernas hadapi 6 tuduhan rasuah
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April bagi sebutan semula kes. -Gambar hiasan
Bekas pegawai kanan Padi Beras Nasional (Bernas) dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Alor Setar pagi ini atas enam pertuduhan rasuah berkaitan beras ST15 membabitkan nilai suapan RM73,000 pada 2013 dan 2014.
Tertuduh, Hassin Mad Zain, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.
Hassin dituduh menerima rasuah RM9,000 melalui akaun peribadinya daripada pemilik perniagaan WH Awana Enterprise, Wan Helmy Wan Darus pada 6 Ogos 2014 bagi mendapatkan kuota beras 30 tan metrik.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April bagi sebutan semula kes.
Bagi lima lagi pertuduhan lain, dia dituduh menerima rasuah daripada pemilik syarikat Berkat Zairul Enterprise Rusli Abdullah dari September 2013 hingga Januari 2014 untuk mendapatkan kuota beras 40 tan metrik bagi setiap pertuduhan.
Zanol Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April untuk sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Mohamad Sofee Razali dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya A.Hafiizh Abu Bakar daripada SPRM.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan.
Topic Berkaitan
#BERNAS
#Padi Beras Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan