awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
03/11/2024
12:58 MYT
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai kewangan syarikat swasta berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM450,000 lesap akibat tertarik dengan iklan skim pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan di media sosial.
Lelaki berusia 40 tahun yang hanya dikenali sebagai Ken Wong berkata walaupun sudah hampir satu dekad berkecimpung dalam dunia pelaburan, dia mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak dan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
"Kemudian saya diminta membuat pelaburan menerusi satu platform dalam talian dan berjaya mengeluarkan dividen kira-kira RM5,000 bagi meyakinkan pelabur. Platform berkenaan memaparkan pelaburan saya menguntungkan tetapi tidak dapat mengeluarkan keuntungan itu.
"Sebaliknya platform itu menyuruh saya melakukan pelaburan sebanyak RM1.5 juta pada satu tawaran awam permulaan (IPO) syarikat luar negara dan ketika itu saya mula menyedari saya sudah ditipu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Ken Wong, dia telah melakukan 23 transaksi pindahan wang ke dalam empat akaun semasa milik syarikat sendirian berhad berlainan sejak Julai sebelum membuat laporan polis pada Ogos lepas setelah menyedari ditipu sindiket berkenaan.
Sementara itu, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) Joseph Prakash menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi menangani isu penipuan termasuk melakukan sekatan terhadap iklan-iklan pelaburan di media sosial yang sering digunakan untuk mencari mangsa.
"Mangsa penipuan ini ada yang sudah pencen, mereka sudah buat laporan pada PDRM dan agensi-agensi berkaitan dengan mengemukakan bukti," katanya sambil memaklumkan pihaknya telah menerima lebih 10 aduan daripada mangsa yang terjerat dalam skim pelaburan sama melibatkan kerugian lebih RM3 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#mangsa kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan