awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo

Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind

Bernama
Bernama
09/02/2026
12:00 MYT
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
Gobind berkata kerangka perundangan yang kukuh dan jelas diperlukan bagi mengawal selia kandungan janaan AI, melindungi integriti maklumat serta memastikan keselamatan keseluruhan ekosistem digital negara terus terpelihara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Digital sedang merangka Rang Undang-undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun ini bagi menangani ancaman teknologi yang semakin kompleks, termasuk manipulasi deepfake.

Ringkasan AI
  • Kementerian Digital merangka RUU Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) bagi menangani ancaman teknologi seperti deepfake.
  • RUU tersebut menekankan akauntabiliti entiti yang membangunkan sistem AI serta mekanisme pelaporan insiden untuk tindakan pencegahan segera.
  • RUU Jenayah Siber baharu juga sedang digubal untuk merangkumi penyalahgunaan AI dalam aktiviti jenayah siber dan keselamatan data negara.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kerangka perundangan yang kukuh dan jelas diperlukan bagi mengawal selia kandungan janaan AI, melindungi integriti maklumat serta memastikan keselamatan keseluruhan ekosistem digital negara terus terpelihara.
"Antara elemen utama RUU ini ialah penegasan terhadap konsep akauntabiliti, iaitu penetapan tanggungjawab yang jelas ke atas entiti yang membangunkan atau melaksanakan sistem AI.
"Penyedia teknologi diwajibkan melaksanakan pengurusan risiko secara proaktif serta mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada rakyat," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata sekiranya berlaku kecuaian sehingga sistem AI disalahgunakan bagi tujuan penipuan atau menimbulkan ancaman keselamatan, tindakan penguatkuasaan juga boleh diambil selaras dengan peruntukan undang-undang.
Selain itu, Gobind berkata RUU itu turut memperuntukkan mekanisme pelaporan insiden dan kemudaratan AI, khususnya bagi menangani ancaman deepfake yang semakin canggih.
"Mekanisme ini penting kerana ia membolehkan kerajaan mengenal pasti pola ancaman secara lebih pantas dan tersusun.
"Dengan adanya maklumat lebih jelas dan teratur, tindakan mitigasi dan pencegahan dapat diambil dengan segera sebelum ancaman tersebut merebak dan membawa kesan lebih besar," katanya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan kini sedang menggubal RUU Jenayah Siber yang baharu bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997.
Beliau berkata RUU baharu itu akan memasukkan peruntukan khusus berkaitan penyalahgunaan AI dalam aktiviti jenayah siber, termasuk kecurian identiti digital dan kandungan deepfake berniat jahat.
Mengenai keselamatan data, beliau berkata CyberSecurity Malaysia kini sedang memuktamadkan Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data Nasional 2026-2030 bagi membina keyakinan rakyat terhadap ekosistem digital negara.
Katanya sebagai langkah proaktif, kementerian juga sedang memperincikan penubuhan Suruhanjaya Data sebagai badan kawal selia bebas untuk memastikan kedaulatan data negara sentiasa terpelihara.
Beliau berkata turut dalam perancangan ialah pembangunan keupayaan forensik digital tempatan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Digital
#RUU Tadbir Urus Kecerdasan Buatan AI
#deepfake
#Gobind Singh Deo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.