awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pekerja gudang ditahan curi cip bernilai RM120,000

Bernama
Bernama
30/04/2025
14:03 MYT
Bekas pekerja gudang ditahan curi cip bernilai RM120,000
ACP Sazalee Adam berkata lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditahan di pekarangan Balai Polis Teluk Kumbar bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Bernama
GEORGE TOWN: Polis menahan bekas pekerja sebuah gudang kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen cip jenis PMU0123 bernilai RM120,000 milik sebuah syarikat elektronik multinasional yang beroperasi di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditahan di pekarangan Balai Polis Teluk Kumbar dekat sini hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Siasatan awal mendapati pihak syarikat telah membuat semakan audit dalaman dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di situ sebelum mengenal pasti suspek yang merupakan bekas pekerja sebagai individu yang mencurigakan.
"Berdasarkan siasatan suspek dipercayai telah mengambil sebanyak lapan unit cip dari stor syarikat dan menjualnya kepada individu tidak dikenali di kawasan hentian bas hadapan sebuah kilang di situ," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata susulan penahanan lelaki itu, polis merampas sebuah telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro Max miliknya.
Sazalee berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan pembeli cip itu dan lelaki berkenaan kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi komponen cip
#Bayan Lepas
#polis
#bekas pekerja
#cip PMU0123
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan