awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain Uruguay Fabian O'Neill meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2022
23:00 MYT
Bekas pemain Uruguay Fabian O'Neill meninggal dunia
Fabian O'Neill membuat 19 penampilan untuk Uruguay dan merupakan sebahagian skuad Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun. -Facebook Fabin O'Neill
BEKAS pemain tengah Uruguay, Fabian O'Neill, 49, meninggal dunia pada Ahad.
Persekutuan bola sepak Uruguay dalam kenyataan kepada ESPN berkata O'Neill yang pernah bermain untuk Cagliari dan Nacional di peringkat kelab itu dimasukkan ke hospital Montevideo pada Sabtu dalam keadaan koma.
O'Neill dilapor meninggal dunia selepas mengalami pendarahan akibat penyakit hati kronik setelah bertarung lama dengan ketagihan alkohol.
Pemain tengah itu membuat 19 penampilan untuk Uruguay dan merupakan sebahagian skuad Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun, walaupun tidak bermain.
"Selamat tinggal, 'Wizard'," tulis kelab Nacional di akaun rasmi selepas berita pemergian pemain itu tular.
Lamentamos informar el fallecimiento de Fabián ONeill. Surgido en la cantera inagotable y campeón uruguayo con nuestra camiseta. Hoy todo Nacional está de luto. A su familia y amigos, nuestras más sinceras condolencias. ¡Hasta siempre Mago! pic.twitter.com/vlbFbpDn5O
— Nacional (@Nacional) December 25, 2022
Ketika zaman kegemilangannya, Fabian O'Neill pernah dipuji oleh pemain bola sepak tersohor Perancis yang juga rakan sepasukan di Juventus, Zinedine Zidane sebagai "pemain paling berbakat".
Selepas membuat penampilan sulung untuk Nacional pada usia 18 tahun pada 1992, O'Neill telah dipindahkan ke Cagliari, Itali tiga tahun kemudian.
Pada tahun 2000, dia berpindah ke Juventus, tetapi selepas bermain hanya untuk satu musim, dia dipindahkan ke Perugia.
Dia kemudian kembali ke Nacional sebelum bersara pada tahun 2003.
O'Neill memperoleh 19 cap untuk Uruguay dan menjaringkan dua gol.
Mendiang adalah sebahagian daripada skuad yang tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia di Korea Selatan dan Jepun pada 2002 walaupun dia tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan kumpulan akibat kecederaan.
“Bola sepak Uruguay sedang berduka.
“Salah seorang pemain terbaik yang muncul dalam beberapa dekad kebelakangan ini, yang tahu bagaimana untuk menyinar di atas padang dengan bakat dan keajaibannya, telah meninggalkan kita,” tulis akhbar El Pais.
El Observador berkata "Fabian O'Neill merupakan antara bakat hebat yang disia-siakan.... kerjayanya dicemari pengambilan alkohol secara keterlaluan."
Topic Berkaitan
#Fabian O'Neill
#Zinedine Zidane
#Piala Dunia 2002
#Nacional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan