awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ziarah MADANI sempena Tahun Baharu Cina perkukuh keprihatinan kerajaan
Sifat organik tanah gambut jadi cabaran dalam operasi pemadaman kebakaran - Pakar
Ketua PBB sambut baik gencatan senjata Syria-YPG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2026
03:40 MYT
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Wajah finalis Penyampai Emas SINAR 2026: atas – Ady Kamal, juara Soraya Borhan dan Karl Shafeek; bawah – Bobo, Faqhiz dan Rai Rahim. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Program pencarian bakat penyiaran, Penyampai Emas SINAR 2026, melabuhkan tirainya dengan menobatkan Soraya Borhan, 35, sebagai juara, semalam.
Daripada ratusan penyertaan, hanya enam finalis terpilih untuk bersaing di peringkat akhir iaitu Soraya Borhan, Faqhiz, Ady Kamal, Bobo, Rai Rahim dan Karl Shafek.
Mereka berpeluang menunjukkan bakat masing-masing melalui uji bakat, tugasan rakaman, dan cabaran siaran langsung.
Kesemua finalis dinilai oleh panel juri berpengalaman termasuk Kudsia Kahar, Rostam Said (Pak Tam) dan Pengarah Astro Audio Priya, Dharshini Prabakaran serta Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi.
Majlis di Forrest Valley Hall, Cheras menyaksikan Soraya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi manakala Karl Shafek muncul di tempat kedua, dan Ady Kamal di tempat ketiga.
Tiga peserta lain iaitu Faqhiz, Rai Rahim dan Bobo masing-masing menerima wang tunai RM500.
Menurut Zureen Affendi, pertandingan ini memberi ruang kepada golongan dewasa yang dilihat kurang diberi peluang dalam industri penyiaran.
Tambahnya, program Penyampai Emas SINAR terus menjadi platform utama untuk melahirkan wajah baharu radio negara.
“Ramai yang mempunyai suara dan bakat luar biasa tetapi tidak pernah diberi ruang untuk mencuba dalam industri penyiaran yang biasanya didominasi golongan muda.
“Dengan program ini, kami mahu menunjukkan bahawa bakat tidak mengenal umur, apa yang penting ialah semangat, personaliti dan keaslian yang mampu menyentuh hati pendengar,” katanya melalui kenyataan media yang disiarkan hari ini.
 pertandingan ini memberi ruang kepada golongan dewasa yang dilihat kurang diberi peluang dalam industri penyiaran, kata Zureen
pertandingan ini memberi ruang kepada golongan dewasa yang dilihat kurang diberi peluang dalam industri penyiaran, kata Zureen
Program ini selari dengan komitmen stesen itu dalam memperkasa dunia penyiaran tempatan dan mengekalkan standard penyiaran yang tinggi.
Pada masa sama, SINAR turut memperkenalkan penyampai baharu tahun ini iaitu Hefny Sahad, Zairosminan Abdul Rahman (Roy Azman) dan Sharifah Shahira untuk Gen Pagi SINAR.
Manakala Mohd Falyq Hikyle Mohd Fuad (Falyq), Shah Reza Mohd Shah (Ray) dan Rahim Mat Ali (Rahim) pula akan mengendalikan segmen Brader Brader SINAR pada sesi petang.
Falyq, Ray dan Rahim di segmen Brader Brader SINAR pada sesi petang.
Falyq, Ray dan Rahim di segmen Brader Brader SINAR pada sesi petang.
“Pembaharuan ini adalah usaha untuk memastikan pengalaman mereka kekal relevan dan segar, tanpa kehilangan sentuhan nostalgia yang menjadi kekuatan SINAR sejak dulu,” kata Zureen.
Sebagai sebahagian daripada rangkaian Astro Audio, SINAR kekal sebagai pilihan pendengar menerusi slogan ‘Muzik Retro Terbaik’ terbaik.
Stesen ini juga mempunyai pengikut hampir 4 juta di media sosial, membuktikan populariti dan kepercayaan pendengar terhadap jenama itu.
Topic Berkaitan
#Sinar
#radio
#penyampai
#Penyampai Emas Sinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan