awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Bekas pembantu tadbir dipenjara, pecah amanah wang khairat kematian peneroka Felda

Bernama
Bernama
30/06/2025
10:31 MYT
Bekas pembantu tadbir dipenjara, pecah amanah wang khairat kematian peneroka Felda
Nurul Syafiha dipenjara tiga bulan dan didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang khairat kematian. - Foto Bernama
KUANTAN: Seorang bekas pembantu tadbir sebuah pejabat Felda dipenjara tiga bulan dan didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang khairat kematian melebihi RM41,000, tujuh tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Bekas pembantu tadbir Felda dipenjara tiga bulan dan didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang khairat kematian berjumlah lebih RM41,000 yang sepatutnya disalurkan kepada tujuh waris peneroka.
  • Kesalahan dilakukan antara Februari 2018 hingga 2019 di Pejabat Felda Sungai Panching Timur, apabila tertuduh menggunakan wang amanah tersebut untuk kegunaan sendiri.
  • Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan, dan berdepan tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar denda; mahkamah mengambil kira faktor keluarga dan rayuan peguam dalam menjatuhkan hukuman

Hakim Sazlina Safie memerintahkan hukuman penjara ke atas Nurul Syafiha Awang Za, 36, berkuat kuasa dari tarikh dia disabitkan.
Ibu kepada tiga anak itu turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Berdasarkan pertuduhan, Nurul Syafiha diamanahkan wang tunai RM41,652.42 bagi tujuan pembayaran khairat kematian kepada tujuh waris peneroka Felda Sungai Panching Timur di sini yang meninggal dunia.
Bagaimanapun, dia didakwa telah melakukan pecah amanah apabila secara tidak jujur menggunakan wang berkenaan bagi kegunaan sendiri.
Perbuatan itu dilakukan di Pejabat Felda Sungai Panching Timur di sini antara Februari 2018 hingga 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam mewakili tertuduh Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar memohon hukuman penjara dan denda minimum kerana anak guamnya itu sudah tidak bekerja dan anaknya masih bersekolah.
Pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang Kamariah Seman bagaimanapun menyerahkan perkara berkenaan kepada budi bicara mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembantu tadbir Felda
#pecah amanah
#wang khairat kematian
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami