awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pembantu tadbir kewangan mahkamah didakwa 94 tuduhan pecah amanah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/06/2020
08:50 MYT
Bekas pembantu tadbir kewangan mahkamah didakwa 94 tuduhan pecah amanah
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 untuk setiap pertuduhan dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah. - Astro AWANI
Seorang bekas pembantu tadbir kewangan Mahkamah Sesyen/Majistret Ipoh didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas 94 tuduhan pecah amanah melibatkan lebih RM200,000, lapan tahun lalu.
Tertuduh, K. Kai Kan Chana, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Dia dituduh dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana telah dengan curang melakukan pecah amanah jenayah wang sebanyak RM204,070 antara 5 April hingga 25 Oktober 2012, semasa bertugas sebagai juruwang di kaunter bayaran Mahkamah Sesyen/Majistret Ipoh.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, dan dengan sebat, dan boleh dikenakan denda.
Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh tidak lagi bertugas sebagai penjawat awam sejak 1 November 2018 atas faktor kesihatan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 untuk setiap pertuduhan dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan 28 Julai untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Perak, Azhar Mokhtar yang dibantu Timbalan Pendakwaraya Waffy Ismail dan Nazreen Zabarudin manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh.
Topic Berkaitan
#bekas pembantu tadbir
#Ipoh
#Kanun Keseksaan
#mahkamah
#pecah amanah
#tuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan